Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mempunyai Deposit Untuk Membeli Rumah Sehingga RM17 Ribu, Hanya Dalam Masa 2 Tahun, Lelaki ini Kongsi Formulanya

No Comment
Foto: Lifehacker

Membuat simpanan untuk membeli rumah bukan mudah, kerana jika kita menyimpan dengan hanya membuat tabung simpanan di rumah, kita sendiri tidak pasti, bila agaknya duit itu boleh cukup untuk digunakan membeli rumah, kerana deposit yang perlu dikeluarkan bukanlah sedikit.

Jika ada cara yang lebih cepat, sudah pasti ramai yang akan mengikutnya, bukan apa, semua orang mahu memiliki rumah dengan segera, kerana ia adalah salah satu asset yang bernilai buat masa sekarang.

Bagi saudara Amir Syahir, ada sahaja cara yang anda boleh lakukan, dan ia merupakan cara pantas, kerana, dalam masa 3 tahun, anda sudah mampu menyediakan deposit untuk membeli rumah. Bagaimana caranya, jom kita baca perkongsian darinya.


Pelan Membina Deposit Rumah RM17K Dalam Masa 2 Tahun

Anak Muda: Saya nak beli rumah tahun ni.

ASY: Dah ada deposit rumah?

Anak Muda:
Takde lagi. Hehehe

Nak beli rumah bukan serupa kau nak beli sayur di pasar ataupun nak beli pantun. Kau kena la ada simpanan sikit untuk bayar kos guaman dan kos sampingan nanti.

Kalau Myvi kau boleh beli zero-downpayment, beli rumah ni jarang jarang ada bank nak bagi zero-downpayment untuk beli rumah. Sekurang-kurangnya kau kena ada 10% daripada harga rumah.

Kalau kau berkelayakan beli rumah harga RM120K. Ansuran bulanan kau dalam RM600. Jadi kau seharusnya mampu simpan RM600 sebulan.

Kalau simpanan kau dalam bank pun ada tiga angka je, baik kau mulakan menyimpan dulu deposit rumah ni.

Ini antara contoh game plan jika kau nak dapat lebih RM17K dalam masa tiga tahun. Komitmen simpanan hanya RM550 selama tiga tahun.

1. Mohon ASB Financing RM100K

- Tempoh pembiayaan: 30 tahun
- Tanpa takaful
- Keuntungan bank: 5.2%
- Ansuran bulanan dalam RM550 bayar guna duit sendiri selama setahun.

2. Dividen ASB

Selepas setahun, katakan dividen ASB diumumkan 6.75% dan korang akan dapat dividen, RM6750. Gunakan dividen ini untuk membayar ansuran bulanan, RM6750. 

RM550 X 12 = RM6600

Ada lagi baki RM150. RM6750 - RM6600 = RM150.

3. Mohon ASB Untuk Tahun Kedua

Tahun kedua mohon lagi pembiayaan ASB RM100K. Bayaran ansuran pembiayaan ASB tahun pertama guna duit dividen ASB. Pembiayaan ASB tahun kedua guna duit gaji. Jadi komitmen masih kekal RM550.

4. ASB Financing, RM200k

ASB Financing korang dah jadi RM200K. Baki minimum terendah dalam ASB dah RM200K. Bonus berdasarkan RM200K. Komitmen korang hanya RM550 sahaja.

5. Tahun ketiga selepas dapat dividen, terminate ASB Financing tersebut.

Dividen ASB terakhir:  RM13,500

Pulangan prinsipal sijil ASB tahun pertama (24 bulan) :  RM2922 

Pulangan prinsipal sijil ASB tahun kedua (12 bulan) : RM1423

Jumlah kasar : 

RM13,500 + RM2922 + RM1423 = RM17,845


Dapat RM17K je? Alah, kalau kau nak dapat banyak, simpan la banyak sikit. Simple. Ubah ansuran bulanan ASB Financing kau kasi tinggi sikit. Hasilnya lagi tinggi. Ikut kemampuan kewangan kau, berapa yang kau mampu bayar setiap bulan.

Kalau masuk kira bonus campur kau pun ada saving sedikit sebanyak ada la RM18K dalam masa tiga tahun untuk dijadikan deposit rumah.

***

Secara kasarnya game plan korang;

Tahun 2017: Buat ASB Financing RM100K
Tahun 2018: Buat ASB Financing RM100K
Tahun 2019: Terminate ASB Financing RM200K

***

"Tapi saya nak beli rumah landed harga RM500K."

Amboi, impian besar, pengorbanan pun kena besar juga. Ansuran bulanan tinggi, kau kena semak kewangan kau dulu.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli