Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menangani 9 Jenis Masalah Tidur Dengan Lebih Berkesan, Anda Pasti Dapat Tidur Dengan Lena Selepas Ini

No Comment
Foto hiasan, LayarSukses

Setelah seharian bekerja, dari awal pagi, hingga lewat petang, atau melakukan aktiviti riadah, sudah pasti badan memerlukan rehat yang secukupnya bagi mengembalikan kembali stamina yang hilang. Untuk itu, kita memerlukan tidur yang secukupnya dan selesa bagi mendapatkan tidur yang lena.

Namun, ada ketikanya kita akan menghadapi kesukaran untuk tidur, mungkin juga, sakit sendi atau otot yang mengganggu tidur, mahu pun, sering terjaga beberapa kali ketika sedang tidur.

Faktor tersebut akan menyebabkan anda mengalami tidur yang tidak menentu, dan tidak bertenaga di awal pagi ketika memulakan aktiviti harian. Bagi menanganinya, Bright Side telah kongsikan infografik akan cara yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah tidur ini. Jom kita lihat apa yang perlu dilakukan.

Foto Daniil Shubin, BrightSide
1. Sukar Untuk Tidur

Jangan mengambil, atau meminum air teh dan kopi, sekurang-kurangnya 7 jam sebelum anda masuk tidur. Bersenam pada waktu pagi juga boleh membantu anda untuk mudah tidur di malam hari.

Foto Daniil Shubin, BrightSide
2. Berdengkur

Sudah pasti dengkuran akan mengganggu tidur, bukan sahaja buat anda, tetapi pasangan anda. Jika mengalami situasi ini, anda perlu tidur dalam posisi di mana, kedua-dua belah tangan anda, menampung kepala anda.

Boleh juga cuci rongga hidung anda dengan air garam sebelum tidur. Serta elakkan pengambilan alkohol.

Foto Daniil Shubin, BrightSide
3. Sakit Leher

Tukar bantal anda, sebaik-baiknya 2 tahun sekali. Pilih bantal yang diperbuat daripada latex.

Foto Daniil Shubin, BrightSide
4. Terjaga Tengah Malam

Pastikan suhu bilik anda berada di antara 20 hingga 22°c. Jangan sama sekali meminum minuman keras sebelum tidur.

Foto Daniil Shubin, BrightSide
5. Pedih Ulu Hati

Jumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan. Pastikan juga anda tidur secara mengiring di sebelah kiri badan anda, dengan menggunakan bantal yang tinggi atau besar sedikit.


Foto Daniil Shubin, BrightSide
6. Sakit Bahu

Tidur secara telentang, dan dalam keadaan kedua-dua belah tangan anda memeluk bantal.

Foto Daniil Shubin, BrightSide
7. Sukar Bangun Awal Pagi

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh sahaja mengamalkan rutin yang sama setiap hari, di mana bangun pada waktu yang sama, walaupun pada hari minggu.


Foto Daniil Shubin, BrightSide
8. Kekejangan Otot

Jika ada pasangan atau rakan, minta tolong untuk urutkan bahagian yang kekejangan tersebut, atau anda boleh lakukan sendiri. Memanaskan badan, juga buat regangan pada bahagian otot.


Foto Daniil Shubin, BrightSide
9. Sakit Belakang

Jika anda tidur secara meniarap, letakkan bantal pada bahagian peha anda, manakala, jika anda tidur secara telentang pula, pastikan bantal berada di bahagian kaki anda.

Bagi yang sedang mengalami masalah tidur, seperti di atas, dengan adanya perkongsian ini, anda boleh cuba untuk lakukannya, dan mampu untuk tidur dengan lebih selesa selepas ini. – Siakap Keli

BACA: Sukar Untuk Tidur Pada Waktu Malam? Ketahui Punca Insomnia Dan Tip Untuk Menanganinya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli