Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Macam Ni Rupanya Rasa Bila Pemimpin Kesayangan Pergi..." - Rakyat Sarawak Ratapi Pemergian Adenan Satem

Foto: Azlan Zamhari/Malaysiakini

Kuching, 11 Jan - Hari ini merupakan hari yang menyedihkan bagi Malaysia terutamanya rakyat Sarawak apabila pemimpin yang sangat dihormati dan disayangi oleh mereka, Adenan Satem, meninggal dunia.

Ketua Menteri Sarawak itu menghembuskan nafas terakhir di IJN Samarahan kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Di laman sosial, rakyat Sarawak meratapi pemergian pemimpin kesayangan mereka itu. Dari pemerhatian yang dapat dilihat di bahagian komen Siakap Keli mengenai posting pemergian Allahyarham, rata-rata rakyat Sarawak pelbagai bangsa menyatakaan perasaan sedih apabila dikejutkan dengan berita pemergian hero Sarawak itu.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Hilangnya permata kesayangan Sarawak. Moga Ketua Menteri Sarawak Datuk Adenan Satem ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.", tulis Mohd Ben Hafizuddin.
"Camni rupanya perasaan pemimpin disayangi pergi. 😢. Belum lagi zaman Rasulullah, mesti mereka sahabat para pengikut sedeh sgt. Sampikan bilal xnak azan lagi sebab bila azan tekenang kan Nabi Saw.", tulis Hazwan Razali pula.

"'I'm a man in rush..but just give me five more years to fight for Sarawak' - Adenan Satem- tp hasrat beliau tdk ksampaian. Rip Tok Nann our hero." kata Leo Raphael.

J.I Lai pula berkata: "Kami akan tetap merinduimu Tok Nan... Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Salam takziah dari perantauan kepada keluarga beliau & seluruh rakyat Sarawak."

Selain itu, berdasarkan pengamatan kami, ramai rakyat Sarawak menukarkan foto profil mereka kepada bendera Sarawak hitam putih sebagai tanda meratapi pemergian Allahyarham.


Biarpun kebanyakan mereka sukar menerima berita sedih ini, namun mereka redha dengan pemergian Allahyarham.

Adenan meninggal dunia pada pukul 1.20 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN) Kota Samarahan, Kuching. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Jamilah Anu serta lima anak, empat perempuan dan seorang lelaki.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli