Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Macam Final Destination' - Kejadian Besi Melayang Masuk Dalam Kereta Jadi Tular (Viral)


Kuala Lumpur, 10 Jan - Satu foto yang memaparkan detik cemas umpama dalam filem Final Destination menjadi tular di Facebook setelah ia dimuat oleh seorang pengguna media sosial Twitter tengahhari tadi.

Menurut pengguna Twitter, Cik Senah Ronggeng, kejadian ngeri itu berlaku kepada kakaknya hari ini.

"Gila besi melayang kena kereta kakak aku kat Highway Nusajaya. Nasib baik tak kena kepala weh! Kepala hotak dia!"

Tambah Cik Senah menerusi ruangan komen di Twitter, besi itu datang dari lori yang melalui lebuhraya terbabit.

Bagaimanapun, Cik Senah memberitahu bahawa kakaknya baik-baik sahaja dan hanya mengalami trauma.

"Nasib baik kakak aku okay weh. Cuma dia menggigil je. Gila weh. Dah la pandu sorang-sorang.

"Alhamdulillah, kakak aku okay. Cuma luka sikit sebab terkena serpihan kaca. Kesian dia. Dah la pregnant." kata Cik Senah.

Kejadian terbabit mendapat reaksi pantas dari netizen yang rata-rata mencadangkan agar mangsa membuat laporan kepada SPAD.

Setakat dimuat naik lebih kurang sejam yang lalu, tweet tersebut mendapat hampir 500 retweet.

Sumber: Twitter Cik Senah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli