Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki 25 Tahun ini Makan 36 Biji Telur, 3KG Daging, 5 Liter Susu Setiap Hari Untuk Menjadi Hercules Dunia Nyata



Pakistan, 12 Jan - Seorang lelaki di Pakistan mengaku dirinya sebagai manusia terkuat di dunia dengan berat badan 435 kg dan dia kini menerima sudah jolokan The Hulk versi Pakistan oleh penduduk setempat.

Arbab Khizer Hayat, 25, berkata dia mahu menjadi juara dalam sukan angkat berat dan satu video merakamkan Hayat berjaya menarik sebuah traktor menggunakan tali biarpun traktor itu cuba bergerak ke belakang.

"Objektif saya adalah untuk menjadi juara. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan badan ini. Kini, saya hanya menunggu masa sahaja sebelum masuk ke dunia mengangkat berat." kata Hayat.

Menurut Hayat, dietnya setiap hari sangat menakjubkan sejajar dengan peningkatan badannya. Dia mengambil 10,000 kalori setiap hari - termasuk dengan mengambil 36 telur untuk sarapan, 3 kg daging, lima liter susu dan banyak lagi.

Dengan tinggi enam kaki tiga inci, Hayat berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dengan beratnya itu.

"Saya tidak mengalami masalah kesihatan atau pun tidak selesa dengan berat saya. Tetapi saya perlu mengekalkannya jika mahu menjadi juara lelaki terkuat," katanya.

Hayat, yang tinggal di bandar Mardan di Pakistan, mula mengalami kenaikan berat sejak dia remaja.

"Saya mula mengalami kenaikan berat ketika remaja tetapi saya sedar yang saya mahu masuk dalam arena angkat berat dan kejuaraan orang kuat. Jadi saya teruskan menambah berat." katanya.

Hayat juga mendakwa dia telah berjaya mengangkat berat lebih dari 4,000 kg ketika satu kejuaraan di Jepun.

Tambah hayat lagi, dia juga mahu menyertai arena gusti WWE.

Di negaranya, Hayat sudah mula menjadi bintang apabila dia dikenali sebagai manusia terkuat di Pakistan.






Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli