Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Pukul Pemandu Lori: Wanita Antara 5 Yang Ditahan



PETALING JAYA, 22 Jan: Polis telah menahan lima individu termasuk seorang wanita susulan kes pukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohamad Fuad Abdul Latiff berkata, kelima-lima mereka, yang berusia antara 20-an dan 30-an itu ditahan awal pagi semalam di Selangor dan Negeri Sembilan.

"Kita telah mengenalpasti satu atau dua lagi individu yang terbabit dalam insiden itu", katanya sebagaimana lapor The Star.

"Polis akan mencari beberapa lagi rakan suspek untuk membantu siasatan, usaha mengesan individu lain sedang dijalankan bagi membantu polis mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya selepas merasmikan Ops Selamat 10/2017 Sempena Tahun Baharu Cina di sini, Ahad

Beliau berkata wanita terbabit terlibat dalam kejadian itu biarpun dia tidak kelihatan di dalam video klip yang tersebar luas.

"Ya, kami tidak nampak dia dalam video klip itu. Tetapi kami mempunyai sebab-sebab untuk menahannya kerana dia terlibat", katanya.

Sebelum ini, video klip yang memaparkan bagaimana pemandu lori berusia 25 tahun dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki menjadi viral di media sosial.

Sumber: The Star
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli