Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kejadian Tanah runtuh di Jalan Gua Musang-Cameron Highlands, Operasi Pembersihan Selesai



GUA MUSANG 3 Jan. - Jalan Gua Musang - Cameron Highland terpaksa ditutup sementara ekoran kejadian tanah runtuh di KM 97 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang itu berlaku akibat hujan lebat yang mana menyebabkan lereng bukit runtuh dengan lumpur dan kayu mengalir turun menutup jalan raya.

Katanya susulan kejadian itu, jalan tersebut telah ditutup buat sementara dan dibuka semula kepada kenderaan pada pukul 6.30 petang tadi.

"Seorang lelaki yang bekerja di tapak pembinaan berhampiran telah memaklumkan mengenai kejadian ini dan anggota pasukan dari Pondok Polis Lojing telah bergegas ke tempat kejadian.

"Runtuhan tanah itu telah menghalang laluan kenderaan dari kedua-dua arah, namun tiada kecederaan dilaporkan. 

"Operasi membersihkan sisa runtuhan tanah itu telah selesai dijalankan oleh orang awam, pekebun dan pihak polis. Kami juga masih membuat pemantauan di sekitar lokasi," katanya menurut Utusan Online.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya Malaysia dalam satu posting FB memuat naik foto kejadian.






Sumber: Utusan OnlineFB KKR
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli