Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Dibuang Dahulu, Masih Boleh Digunakan Lagi Tu, 6 Langkah Mudah Ini Boleh ‘Mencairkan’ Kembali Maskara Anda, Jadi Seperti Baru Dibeli

No Comment

Dalam memastikan diri kelihatan cantik dan kemas, sudah semestinya aksesori tambahan, juga solekan wajah menjadi pilihan gadis di luar sana. Ia seperti bulan dan bintang, di mana keserasian atau keperluan antara satu sama lain akan memberikan satu tanggapan baru buat diri mereka.

Untuk itu, gadis atau wanita di luar sana amat menitikberatkan dari segi pemilihan alat solek, lebih-lebih lagi yang tidak memberi kesan sampingan pada wajah, juga mudah untuk digunakan. Dari lipstik, eye liner, compact powder, maskara, juga yang lain, ia adalah pelengkap buat wajah kelihatan lebih berseri.

Tapi, dari beberapa alat solek tersebut, mungkin ada di antaranya yang sering dibeli berulang kali, hanya disebabkan sudah mengeras, dan sukar digunakan kembali, iaitu maskara. Perkara sebegini amat merugikan, kerana akan dibuang begitu sahaja. Namun, dari perkongsian saudari Etty Garib, terdapat cara yang anda boleh lakukan, untuk menyelamatkan maskara, dari terus terbuang begitu sahaja.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.


Semalam kemas kemas beg makeup baru lah perasan ada lebih 8 bekas mascara dalam beg makeup. Patutlah abang tajam selalu tanya balik betul ke dah habis? Have you checked? Hari tu abang kemas nampak banyak je lagi. Well, memang Kak Etty ni mak nenek sikit. Beli simpan pastu lupa beli lagi. Haa begitu lah spesisnya.

Mascara ni jenis makhluk yang baru je pakai beberapa kali mula la kering. Kalau tak pakai pun kering juga. End up semua kena masuk tong sampah. Mascara kalau kering, bila kita guna kat bulu mata mula la bergumpal gumpal bulu mata kita. Jadinya memang tak syok la macam tu. Makeup nampak sememeh.

Sebelum Kak Etty decide nak lempar 8 mascara tu dalam tong sampah. Kak Etty buat la sikit research. Alhamdulillah, mascara mascara tu masih dapat diselamatkan dengan jayanya.

Excited punya pasal Kak Etty terus terpanggil untuk share benda ni dengan semua. Jadi anda pun share lah juga supaya orang lain pun dapat manfaat

Okay selamat mencuba


Barang yang perlu adalah:

a.
Cerek Elektrik untuk masak air panas
b. Air secukup rasa asal muat cerek elektrik. Lebih dari tu boleh buat masak maggi
c. Bekas dadih kecil
d. Bekas tapau nasi
e. Mascara yang kering. Pastikan kering ye kalau mascara yang dah habis memang buat macam mana pun tak ada nya bertambah balik
f. Lupa nak ambil gambar, tisu paper pun sediakan juga ye


Langkah 1

Masukkan air secukupnya dalam cerek elektrik dan masak air tu. Pastikan suis on ye. Kalau tak sampai subuh esok pun air tu tak mendidih


Langkah 2

Lepas air dah mendidih, masukkan air dalam bekas dadih dan rendamkan berus mascara. Make sure bulu mascara tu terendam sepenuhnya



Langkah 3

Goyang goyang berus mascara dalam air panas tu. goyang lama lama sampai puas hati. Bila berus dah nampak macam bersih boleh berhenti goyang.


Langkah 4 

Gunakan tisu paper warna putih untuk keringkan berus mascara yang direndam tadi. Kenapa warna putih? Sebab tisu paper kak etty warna putih, hehehe


Langkah 5 

Tutup balik bekas mascara tu. Pastikan tutup rapat rapat ketat ketat ye. Kali ni isi air mendidih tu dalam bekas makan yang besar sikit. Pastikan tinggi air tu cukup untuk merendamkan mascara sepenuhnya. Masukkan tube mascara dalam bekas tu. tekan tube tu supaya terendam sepenuhnya. Guna sudu boleh nak guna jari pun boleh. Ikut suka.

Tempoh rendaman tu boleh sampai 5 minit bergantung pada tahap kesabaran masing masing


Langkah 6

Rasa rasa dah puas, keluarkan mascara tu dari air. Tube mascara tu memang panas la sebab rendam dalam air panas kan jadi berhati hati. Kalau melecur tanggung sendiri ye. Buka penutup mascara tu gelek gelek sikit berus tu dalam bekas.



Sekarang tengoklah sendiri perbezaannya. Mascara jadi cair balik. Berus mascara pun bersih. Tak la membazir asyik beli mascara baru.

- Siakap Keli

BACA: 'Make-Up Remover' Dah Habis? 4 Bahan Alternatif Ini Terbaik Untuk Digunakan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli