Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Sebabnya Mengapa Anda Tidak Boleh Gunakan Khidmat Mereka Yang Tidak Bertauliah Untuk Sesi Pemutihan Gigi, Doktor Ini Beri Penjelasan

No Comment

Semua orang ingin kelihatan cantik bila mana berdepan dengan khalayak ramai, dan bila sudah berjumpa, sudah pasti anda akan mula tersenyum, dan memulakan bicara, dan jika anda tidak yakin akan keadaan gigi anda, anda mungkin akan malu untuk berbicara.

Namun, pada masa kni, telah banyak individu atau pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan pemutihan gigi, yang mana akan membuatkan senyuman anda kelihatan lebih cantik dek kerana gigi yang putih.

Tapi, tahukah anda, jika anda mendapatkan khidmat mereka yang tidak bertauliah, atau tidak profesional, kaedah yang mereka gunakan mungkin berbahaya buat diri anda. Mari kita ikuti perkongsian lebih lanjut dari doktor gigi, saudara Iqbal Rosali mengenai mengapa anda perlu elakkan dari mendapat khidmat pemutihan gigi dari mereka yang tidak bertauliah.


Kegilaan orang ramai terutamanya yang mahu kelihatan kononnya terampil dengan susunan gigi yang teratur dan gigi berwarna putih amat berleluasa.

MALANGNYA mereka ini tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya daripada mereka yang bertauliah.

Baru-baru ini beberapa pendedahan telah dilakukan dan dengan izin mereka saya tulis semula di dalam Bahasa Melayu untuk penyampaian yang lebih berkesan dan supaya semua golongan masyarakat dapat memahami perkara ini serta menyampaikan pula kepada ahli keluarga dan saudara mara untuk kesedaran.

[1] Produk Yang Digunakan

Jurusolek yang tidak bertanggungjawab telah menjalankan prosedur memutihkan gigi menggunakan produk yang dikenali sebagai “4D/5D/6D/7D teeth whitening”.

Jika anda teliti seperti yang di dalam gambar, pemutihan yang dilakukan adalah sangat besar dan mengambil ruang yang banyak di antara gigi anda. Ia kelihatan palsu dan bentuknya tidak seperti gigi yang asal.

[2] Cara Memutihkan Gigi

Bagaimana jurusolek memutihkan gigi itu? 

Mereka menambah bahan berwarna putih yang tidak diketahui kandungannya ke atas gigi orang-orang yang terdesak untuk cantik ini. Sedangkan jika dibuat dengan para doktor gigi bertauliah, tidak sedikit pun kita mengubah bentuk gigi anda, hanya memutihkan sahaja.

[3] Kaedah Berbahaya

Kenapa kaedah yang digunakan ini berbahaya?

Ia mengakibatkan:

a. Radang gusi dan gusi senang berdarah – kaedah yang dilakukan adalah menambah bahan pada gigi dan mengambil ruang-ruang di antara gigi dan gusi. Ia mengakibatkan pelbagai masalah pada gusi anda.

b. Masalah timbul apabila hendak makan dan mengunyah – dengan saiz gigi anda yang semakin besar itu anda rasa bagaimana anda mahu makan dan mengunyah?

c. Gigi rosak – kerana bahan-bahan itu telah ditambah ke atas gigi anda yang sedia ada elok, ia menghalang anda daripada membersihkan gigi asal. Ini boleh menyebabkan gigi anda rosak kerana tidak dibersihkan.

Ada juga yang menghakis permukaan gigi supaya bahan putih tersebut boleh melekat pada gigi. Ini adalah sama sekali SALAH dan BERTENTANGAN dengan kaedah pemutihan yang dilakukan doktor gigi professional.

d. Gigi perlu dicabut – masalah gusi yang membengkak yang menyebabkan gigi bergoyang dan jangkitan pada gigi yang tidak dibersihkan akhirnya hanya mengakibatkan gigi anda dicabut sahaja.

Dan banyak lagi masalah lain.


[4] Tidak Ikut Undang-Undang Dan Etika Profesionalisme

Mereka ini langsung tidak mengikut undang-undang dan etika profesionalisme doktor gigi apabila menjalankan perniagaan di apartment atau di bilik-bilik hotel. INI ADALAH SALAH. Ternyata tindakan mereka ini hanya untuk menyembunyikan perniagaan mereka itu.

[5] Membuat Kelas

Tanpa menghormati profesion doktor gigi, mereka ini turut menganjurkan kelas kepada yang ingin buat duit cepat dan memberikan sijil. Kelas hanya dalam 1-2 hari dan anda boleh “layak” memutihkan gigi orang lain yang terdesak dan tidak ada pengetahuan dalam bidang pergigian. INI JUGA ADALAH SALAH. Oh, tahukah anda kelas ini sahaja sudah mencecah RM6 ribu hingga RM8 ribu?

Dan tanpa rasa bersalah mereka turut mengenakan bayaran mencecah ribuan ringgit untuk yang terdesak kelihatan cantik tetapi kesannya adalah amat buruk sekali. Mungkin untuk ‘cover’ duit yang dibayar untuk kelas mereka agaknya.

[7] Kesan Buruk

Kesan buruk pada gigi dan gusi setelah menerima rawatan ini mungkin mengambil masa yang lama. Walaupun “testimoni" yang ditunjukkan nampak menyakinkan, percayalah mereka hanya mengejar kuntungan semata-mata.


Diharapkan masyarakat menyedari akan hal ini dan tidak menyokong mana-mana pelaku yang menjanjikan pemutihan gigi melalui kaedah ini.

Rawatan gigi hanya di klinik gigi. Bukan di bilik hotel murah atau rumah. Hanya doktor gigi sahaja yang layak menilai gigi anda.

Sebarkan. Semoga bermanfaat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli