Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Ini Kongsi Petua Bagaimana Untuk Hilangkan Batuk Anak Kecil Dengan Menggunakan Buah Delima

No Comment

Bagi orang dewasa, apabila jatuh sakit, kita sudah tahu apa yang harus dilakukan, sama ada berjumpa dengan doktor, atau makan ubat yang ada di rumah. Ini kerana kita tahu bagaimana tahap sakit yang kita alami, sama ada terlalu serius atau tidak.

Tapi, bagi bayi dan kanak-kanak pula, yang tidak boleh berkata-kata untuk memberitahu mereka sakit, ibu bapa akan mengesan dengan perubahan tingkah laku, atau tanda-tanda yang diberikan oleh anak.

Jika bayi, atau kanak-kanak batuk, kita mudah untuk mengetahuinya, namun, sudah pasti untuk memberi ubat, anak-anak ini banyak ragamnya. Untuk itu, seorang ibu, saudari Farhany Ami Murad kongsikan petua untuk hilangkan batuk anak kecil dengan menggunakan buah delima.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


PETUA HILANGKAN BATUK ANAK GUNA BUAH DELIMA

* Untuk baby 6 bulan ke atas

Baru teringat nak share,since salsabila tetiba batuk hari tu kalut nya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau ..Nauzubillahiminzalik

Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. So far memang ramai kata bagus guna madu. TAPI, bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu.

So try cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus. 

Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah. Mak mak yang 'over kalut' mcm kite ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .

Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang sy nampak dekat Salsabila.

Kalau makin teruk please refer doctor ye?


1. Ambil lah berapa ulas yang mak mak suka. Tapi kite ambik sikit je. Boleh buat minum sekali je ni


2. Picit-picit delima tadi biar keluar air jus dia, bijik buang tau


3. Ni lah kejadiannya, nak senang guna syringe je since Salsabila memang suka sangat sedut air guna benda alah ni, heheh


4. Tadaa, sedut jangan tak sedut. Tengok la feeling habis hisap jus tu.
*bagi minum sehari sekali pon okay dah. Tapi dia ni 'hantu buah' bagi banyak kali pon xpuas

Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah. Supermom gituuu !

Anak anugerah ALLAH SWT . Amanah untuk mak ayah, usaha lah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita .

Semoga beri manfaat untuk semua

Sekali lagi diingatkan, petua ini hanyalah untuk anak kecil yang berumur 6 bulan dan ke atas sahaja.

- Siakap Keli

BACA: Stim Buah Oren Atau Limau Dengan Garam, Petua Untuk Kurangkan Masalah Batuk Berpanjangan Dengan Berkesan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli