Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Giliran Perancis Pula Bahas Gaji Asas, Cadangan Beri RM3,600 Setiap Bulan Kepada Semua Rakyatnya Tanpa Perlu Lakukan Apa-Apa


Satu ketika dahulu, gaji asas universal merupakan satu idea radikal - namun kini idea terbabit dilihat semakin boleh diterima umum.

Kini, ahli politik di Perancis pula memberi idea agar kerajaan negara terbabit memberikan gaji asas berjumlah £660 (RM3,600) kepada semua rakyatnya - tidak kira kaya atau miskin.

Dengan pembiayaan dari hasil cukai tinggi, langkah itu dilihat akan membolehkan manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi robot dijangka akan mengambil alih pelbagai kerja dalam dekad-dekad mendatang.

Idea gaji asas universal ini menjadi popular selepas robot dan sistem Artificial Intellligence (AI) dilihat mengancam untuk mengambil kerja-kerja yang dibuat oleh manusia.

Perancis mungkin kehilangan 3 juta kerja pada 2025, kata bekas menteri pelajaran, Benoit Hamon, yang berkempen untuk jawatan Presiden Perancis.

Menurut Benoit lagi, gajis asas itu akan membuatkan rakyat Perancis merasa lebih selamat di masa hadapan dan mempunyai masa yang lebih untuk keluarga.

Benoit mencadangkan pengenalan beransur kepada skim ini, iaitu bermula dengan £500 sebulan kepada rakyat miskin negara itu yang berumur 18-25 tahun sebelum beransur kepada £660 untuk orang dewasa.

Kos untuk skim ini dianggarkan menelan belanja £345 billion (RM1.9 trillion) setahun.

Sebahagian kos untuk skim tersebut boleh dibiayai dengan mengenakan cukai terhadap robot - barangan dan servis yang dihasilkan dengna sistem automasi dan mesin, kata Benoit.

Bagaimanapun, penentang skim terbabit mengeluarkan hujan bahawa syarikat dengan mudah boleh membawa keluar robot mereka ke negara lain untuk mengelak dari cukai.

Satu kajian pada 2016 oleh Senat Perancis mengatakan skim gaji asas lebih memudahkan, dan lebih jimat untuk diuruskan, berbanding dengan sistem kebajikan semasa di Perancis.

Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli