Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elakkan Diri Dari Terlalu Stress Dan 9 Tip Ini Boleh Dilakukan Untuk Menguatkan Tulang Anda

No Comment

Mempunyai kesihatan yang baik sudah semestinya ingin dimiliki oleh semua orang, pelbagai cara digunakan untuk mengelakkan diri dari jatuh sakit. Kebanyakan dari kita akan mengawal pemakanan juga, membuat aktiviti fizikal, seperti bersukan dan beriadah dalam memastikan tubuh sentiasa cergas.

Sememangnya kita tidak boleh berputus asa dalam penjagaan kesihatan, termasuk penjagaan tulang, dan kita dinasihatkan untuk meminum susu, kerana tinggi dengan kalsium yang baik untuk tulang.

Tetapi, bukan itu sahaja, terdapat beberapa perkara boleh dilakukan, dalam memastikan tulang sentiasa sihat dan kuat. Menurut saudara, Hafiz Sulaiman, 10 tip ini boleh dilakukan untuk mendapatkan tulang yang kuat.

Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.


10 TIPS MENGUATKAN TULANG
Bagaimana membina tulang yang kuat:

1) Ambil magnesium secukupnya dahulu sebelum banyakkan kalsium

2) Makan hati (organ, bukan perasaan), dan sayuran hijau, kerana ia padat dengan vitamin K2


3) Dedahkan diri pada matahari pagi dan ambil suplemen vitamin D.

4) Ambil kolagen berkualiti, seperti dari sup tulang dan rumpai laut.

5) Elakkan gluten, untuk memastikan usus tidak rosak, kerana, semua di atas susah diserap jika usus rosak.


6) Wajib angkat berat (senaman kekuatan).

# Beberapa tahun dulu, masa conference antiageing talk berkenaan sarcopenia, ada selitkan kelebihan senaman kekuatan untuk tulang. Mekanisma bagaimana tulang jadi lebih padat lebih kurang macam ni:

a. Sel tulang akan dijana pada kawasan tinggi tekanan.

b. Bila angkat berat kawasan sendi dan tempat bertautnya otot pada tulang iaitu "insertion" akan tinggi tekanan. Tulang akan mula padat di sini.


Ini contoh insertion tulang semua sama saja seluruh badan. biasanya pada kawasan tepi-tepi, hujung-hujung berdekatan sendi. Lama kelamaan kawasan tengah akan jadi padat juga.

c. Kepadatan kawasan tulang di sendi dan insertion ini akan "merebak" semakin lama anda buat senaman jenis kekuatan.

d. Lama kelamaan, kawasan paling kurang pada tengah akan jadi kuat dan keseluruhan tulang akan jadi padat.

Kesimpulannya. Kalau nak tulang betul-betul kuat, wajib angkat berat.


7) Seimbangkan hormon estrogen (hormon kewanitaan).

8) Merokok dan alkohol mengurangkan ketumpatan tulang. Elakkan.

9) Tidur (melatonin) yang cukup penting untuk ketumpatan tulang

10) Stres kronik menyebabkan tulang menjadi kurang padat dan rapuh.

Elakkan kehidupan sedentari, tingkatkan aktiviti. Solat aktiviti yang baik untuk tulang, sendi, otot dan perjalanan darah. Jangan tinggalkan pula.

Moga-moga dengan perkongsian ini, anda dapat amalkan sebanyak mungkin dari 10 tip tersebut. Dalam memastikan anda terus memiliki tulang yang kuat, supaya mampu untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih cergas.

- Siakap Keli

BACA: 7 Senaman Ringkas Ini Mampu Melegakan Sakit Tulang Belakang Yang Dialami Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli