Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

‘Dulu Jual dari Meja ke Meja, Kini Sudah Mampu Buat RM200,000 Sebulan’ - Usahawan Tempatan ini Kongsi 1 Nasihat Untuk Mudahkan Rezeki

Bahtiar bergambar bersama Chef Ammar

Dalam masa kurang dari setahun, usahawan tempatan, yang dikenali sebagai Bahtiar ini mampu menjana RM200,000 hasil menjual sejenis produk pewangi fabrik sahaja.

Mengakui bisnes sebagai satu bidang yang sukar, usahawan yang berasal dari Melaka ini mahu berkongsi pengalaman dan nasihat penting dalam alam bisnes.

Menceritakan penglibatan dia dan isteri dalam dunia bisnes, Bahtiar berkata dia bermula sejak 2009 lagi. Kegagalan demi kegagalan dihadapi oleh mereka dalam pelbagai bisnes yang diceburi menyebabkan mereka hampir berputus asa.

Namun, pada awal 2016 semua berubah apabila dia mula berazam untuk memfokuskan kepada satu bisnes sahaja iaitu perniagaan produk penyembur fabrik yang diusahakan oleh dia bersama isteri, Eda Rahman.

Dengan hanya berbekalkan beberapa botol pewangi fabrik keluaran sendiri yang bernama 'Fabric Perfume by The Scent', Bahtiar dan isteri mula mengorak langkah kejayaan dengan  menjual produk itu di tapak-tapak niaga secara kecil-kecilan.

Malah, kerana kesempitan hidup juga mereka terpaksa menjual produk pewangi itu dari meja ke meja bagi membayar hutang.

Bahtiar berkongsi tentang kepayahan yang pernah dilalui dahulu.


1 Nasihat Mudahkan Rezeki

Bahtiar juga turut memberi nasihat kepada orang ramai di luar sana supaya tidak menangguh-nangguhkan pembayaran hutang.

Bahtiar berkata, sejak dia melangsaikan hutang (biarpun sedikit demi sedikit), hidupnya berasa lebih mudah berbanding sebelum ini.

"Memang betul. Kalau kita cuba sedaya upaya langsaikan hutang, biarpun secara sedikit demi sedikit, kita dapat rasa hidup ni lebih mudah." katanya yang juga seorang yang begitu menitikberatkan perihal hutang.

Bahtiar juga berkata seseorang itu boleh berjaya dalam bisnes sekiranya betul-betul fokus terhadap satu-satu bisnes dalam satu masa.

Keratan nasihat dari Facebook Bahtiar dan Eda.


Tambah Bahtiar lagi, bisnes Fabric Perfumenya mula meletup apabila dia berjaya bersiaran dalam TV Al-Hijrah.

"Bermula dari situlah, orang ramai mula mencuba produk Fabric Perfume dan biarpun masih belum buat iklan besar-besaran, produk keluaran tempatan itu mampu menjana jualan sebanyak RM200,000 sebulan disebabkan ramai pelanggan sedia ada setia dengan produk kami.

Bahtiar (hujung kiri) dan isteri, Eda (hujung kanan) bersama produk Fabric Perfume by The Scent.

Fabric Perfume by The Scent adalah produk penyembur fabrik 100% milik tempatan yang boleh digunakan untuk mewangikan pakaian. Dijual pada harga RM29.90 sebotol, produk itu mampu bertahan lebih dari sebulan biarpun pada zahirnya botolnya itu kelihatan kecil, kata Bahtiar.

Kata Bahtiar lagi, produk Fabric Perfume by The Scent kini sudah mempunyai lebih 35 stokis dan hampir 300 agen di seluruh Malaysia dan beliau mengalu-alukan mereka yang mahu menjana pendapatan dengan menjadi stokis atau ejen produk itu.

"Setakat ini kami sudah mempunyai 35 stokis dan hampir 300 agen. Walaubagaimanapun kami masih lagi mencari ajen dan stokis yang mahu menjadi sebahagian dari kumpulan kami. Alhamdulillah ada stokis yang mampu buat jualan puluhan ribu dengan produk Fabric Perfume sahaja." jelas Bahtiar.

Bagi yang berminat dengan produk Fabric Perfume, boleh layari laman rasmi produk itu di https://www.facebook.com/bythescent  atau di talian 016-2892009.

Bahtiar pula boleh dihubungi menerusi laman Facebook rasmi Bahtiar dan Eda di https://www.facebook.com/bahtiar.eda  Bahtiar juga selalu berkomunikasi dengan pengikut-pengikutnya di Facebook dengan berkongsi tips-tips dan pengalaman-pengalamannya berniaga.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli