Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Duduk Sendiri, Sewa, Atau ‘Flipping’, Mana Satu Pilihan Anda, 4 ‘Game Plan' Dalam Pelaburan Hartanah Ini Mungkin Beri Jawapan Buat Anda

No Comment


Membeli hartanah, sudah pasti akan memberikan kelebihan buat diri, bukan sahaja dapat dijadikan sebagai tempat tinggal, tetapi juga sebagai salah satu pelaburan yang baik pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi, hartanah seperti ini, nilainya akan bertambah dari tahun ke tahun.

Bagi mereka yang sedang mencari rumah, atau sudah memiliki rumah, anda mungkin sedang berfikir-fikir akan apa yang boleh dilakukan dengan rumah yang anda miliki, sama ada untuk duduk sendiri, sewa, atau ‘flipping’ rumah tersebut.

Berdasarkan perkongsian dari saudara Amir Syahir, anda seharusnya tetapkan matlamat dengan sebaiknya, kerana keputusan anda itu, mungkin akan memberi kesan terhadap masa depan anda. Untuk itu, saudara Amir Syahir telah kongsikan 4 ‘game plan bias’ dalam pelaburan hartanah. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Matlamat Kena Power

Anak muda sila tetapkan matlamat kau nak beli hartanah. Tetapkan matlamat. Belajar lah konsep / game hartanah yang kau yakini.

Kau perlu sesuaikan mengikut ekonomi dan kekuatan kewangan kau sendiri. Sebelum melangkah dalam bidang pelaburan hartanah, kewangan kau kena stabil dulu. Perlu ada tabung kecemasan 3-6 bulan kalau nak selamat.

Tak kisahlah kau nak guna konsep mana sekalipun asalkan membawa keuntungan pada kau. Sebelum itu, kena banyak belajar dan mencari ilmu dulu.

Kena setkan matlamat dan tujuan nak beli;

A. Duduk sendiri
B. Sewa
C. Flipping (beli dan jual)


Kalau nak sewakan kau kena tahu;

i. Untuk aliran tunai setiap bulan.
ii. Apartmen kos rendah, medium, lagi bagus untuk sewakan.
iii. Modal rendah, harga jualan murah.
iv. Aliran tunai tinggi.
v. Legal fees rendah.
vi. Maintenance fees perlu bayar.
vii. Capital appreciation rendah. (Kenaikan harga tanah)


Kalau nak flipping kau kena tahu;

i. Hartanah atas tanah: Capital appreciation yang cepat.
ii. Harga cepat naik tinggi jika rumah landed lebih-lebih lagi conner lot.
iii. Modal tinggi.
iv. Cukai tanah tinggi.
v. Legal fees tinggi.
vi. Boleh naik value rumah bila renovate.


Tentang Lokasi Cun

i. Lokasi sedang membangun.
ii. Lokasi mempunyai permintaan tinggi.
iii. Kemudahan asas seperti bank, kedai makan, masjid, taman.
iv. Kesesakan lalu lintas, ada penambahan penduduk dan perniagaan setempat.
v. Lokasi berhampiran dengan pengangkutan awam seperti stesen LRT, kereta api, bas.
vi. Pejabat kerajaan, wisma persekutuan.
vii. Berdekatan dengan hospital, kolej, universiti, politeknik, sekolah.
viii. Industri perkilangan.
ix. Pusat membeli belah yang ada McDonald's.
x. Pusat bandar.

BACA: Berbaloikah Memiliki Hartanah Di 4 Lokasi Strategik Ini, Pemuda Ini Kongsikan Kupasannya


Berikut adalah 4 game plan biasa dalam pelaburan hartanah;

1. Konsep Beli dan Jual

Konsep beli dengan harga murah dan jual untuk dapatkan keuntungan. Sama seperti asas perniagaan yang biasa. Beli harga murah, jual harga untung.

i. Beli rumah dengan harga lelong, di mana harga rumah lebih rendah daripada harga biasa dan menjualnya dengan harga semasa. Memerlukan kemahiran yang tinggi dalam perkiraan CKHT jika tidak, akan rugi.

Boleh rujuk : Shariza Abd Latif

ii. Membeli rumah sewaktu rumah dalam pembinaan (undercon) dan menjualnya setelah rumah itu siap dan telah dapat kunci.

Boleh rujuk : Abe Nazz Zain

2. Konsep beli, simpan dan jual

Membeli hartanah dengan harga semasa / bawah harga pasaran kemudian menyimpan untuk satu tempoh tertentu dan menjualnya semula apabila harganya telah melebihi daripada harga yang dibeli.

3. Konsep Beli, Baik Pulih Dan Jual

Terdapat banyak rumah dilelong dan dijual murah akibat banyak kerosakan, terbiar ataupun faktor bencana alam. Membeli hartanah di bawah harga pasaran ataupun secara lelong kemudian dibaik pulih, mewangikan, dan menjualnya kembali.

Boleh rujuk : Abdul Razak

4. Konsep Beli, Simpan Dan Dapatkan Aliran Tunai Positif

Membeli rumah di bawah harga pasaran ataupun lelong kemudian disewakan. Membeli rumah kos rendah, sederhana memerlukan modal yang rendah dan akan memberi pulangan yang tinggi jika mempunyai kemahiran dan ilmu.

Boleh rujuk : Anis Hafiza (Keknis)


Banyak teknik pelaburan hartanah. Jadi kau tak boleh ikut orang dan nak orang ikut teknik kau. Raikan perbezaan. Jangan kata game plan kau bagus, game plan orang lain rugi.

Rakyat Malaysia semakin bertambah, kalau kau tak berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya satu hartanah, kasihan anak kau nanti. Persaingan lebih sengit lagi pada masa hadapan.

Jadi, kalau kau tak nak jadi penyewa sampai ke tua, ubah la gaya hidup kau. Tambahkan pendapatan. Ini tidak, hari minggu je pergi bandar lepak pusat membeli belah. Kereta pertama nak kereta import mewah je. Kalau gaji bawah RM3000 jangan ngada-ngada beli Honda City lah.

Sementara muda ni, kawal perbelanjaan kau. Kumpul duit untuk buat modal pelaburan hartanah. Tangguhkan kehendak. Berjimat cermat. Lepas lima tahun, keuntungan pelaburan kau akan bayar kehendak kau. Indah bukan?

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli