Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Buah Kapal Kontena Berlanggar Di Pasir Gudang, 300 Tan Minyak Tumpah


Dua buah kapal kontena masing-masing didaftarkan di Singapura dan Gibraltar dilaporkan telah bertembung di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru menyebabkan 300 tan minyak tumpah di perairan sekitarnya, lapor MediaCorp.

Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan berkata pihaknya dimaklumkan mengenai pelanggaran antara kedua-dua kapal kontena tersebut  oleh Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) pada kira-kira 11.50 malam pada Selasa.

Kedua-dua kapal berkenaan ialah WAN HAI 301 yang didaftarkan di Singapuran, dan APL DENVER yang didaftarkan di Gibraltar .

Kenyataan tersebut juga menyebut, salah satu daripada tangki kontena di APL DENVER dilaporkan mengalami kerosakan dan menumpahkan kira-kira 300 tan minyak.

JPA telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan 'oil boom' untuk mengawal tumpahan minyak.

Di Singapura, tompokan minyak dikesan, dengan tumpahan di barat Pulau Ubin. Menurut MPA, ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak.

Ketika ini punca pelanggaran masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli