Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Diherdik Kerana Sertai Operasi Menyelamat Dengan Berbaju Pagoda Dan Berkaki Ayam, DSSK Tampil Cerita Situasi Sebenar Semasa Kejadian


Semalam seorang pendakwah dan juga merupakan seorang mufti telah memuatnaik sebuah posting di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada seorang menteri kerana keprihatiannya menyrtai operasi menyelamat di Sandakan.

Namun dilihat ramai orang tidak berpuas hati kerana ada yang menganggapnya sebagai satu lakonan piliharaya apabila menteri berkenaan hanya berkaki ayam dan berbaju pagoda dalam operasi menyelamat mangsa bot karam.

Kerana pelbagai komen negatif, menteri berkenaan Dato Sri Shahidan Kassim telah tampil membuat penjelasan.

Assalamualaikum dan selamat malam.Semoga Allah SWT memberkati.

PENJELASAN BAJU BRAND PAGODA DAN BERKAKI AYAM.



1)Bila berlaku kejadian kemalangan di laut maka Search and [email protected] dan Menyelamat akan di-aktifkan olih [email protected] Malaysia.Menteri APMM ialah [email protected] kassim.

Saya boleh terus mengetuai SAR atau pun perengkat pegawai saja yang uruskan dan saya turut sama. Dalam kemalangan MH370 Dato Sri Hishamuddin mengetuai SAR..

Ada juga agensi lain yg keluar kenyataan,saya jawab teruskan buat kenyataan..Saya berada dilapangan..Saya tidak cari publisiti.


2)Saya bersama dengan pasukan SAR dari awal lagi.Semalam saya turun ke-laut. Ditengah laut saya naik boat ikan yang membawa mangsa boat tenggelam kerana kami tidak dapat pindahkan mangsa kedalam kapal APMM kerana alun terlalu kuat.

Semasa melompat antara dua boat saya buka kasut untuk elakkan dari tergelincir.Saya selamat menaiki boat tersebut.Saya bagi semangat kepada mangsa2.Mereka juga minta beberapa perkara terutamanya powerbank. Saya telah tunai janji dekat hospital.

3)Saya tidak tahu ada orang ambil gambar. Kalau tidak tentu saya control perut saya agar lebih macho. Semasa dalam boat saya melihat ada mangsa yang sudah bercakap sendiri sebab terlampau sejuk dll.Seorang anak muda sedang menggigil dengan teruk.

Muka bengkak.Saya buka baju saya dan beri padanya.Setelah dia pakai dia kurang menggigil dan senyum tanda terima kasih.Maka tinggallah baju brand pagoda tadi.Saya juga sejuk dan kesanya ialah saya hanya bolih tidur jam 7 pagi.Saya niat lakukan semua kerana Allah SWT.



4)konsul China minta saya tolong dapatkan mangsa yang hilang.SAYA JAWAB. MALAYSIA AKAN BUAT YANG TERBAIK DALAM KAWASAN KEDAULATANNYA.KEPINPINAN DAN AGENSI DIGERAKKAN DIPERENGKAT MAKSIMA.
*DSSK*

Berikut adalah komen balas beliau dan komen daripada anggota APM sendiri yang berada di lokasi.



Elakkan berpolitik dalam hal sebegini, kalau nak berpolitik pun biar kena pada tempatnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli