Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

CEO Airbnb Janji Beri Rumah Percuma Untuk Pelarian Yang Terkesan Dengan 'Muslim Travel Ban' Trump


Airbnb berkata ia akan membantu mereka yang terkesan akibat 'larangan kemasukan Muslim' Trump, tapi belum menjelaskan dengan terperinci bagaimana syarikat itu akan membantu.

CEO syarikat penyewaan rumah itu, Brian Chesky menulis di Facebook bahawa Airbnb akan menyediakan rumah percuma kepada pelarian dan mereka yang dilarang dari menaiki kapal terbang.

"Tidak membenarkan negara-negara (terlibat) atau pelarian masuk ke Amerika adalah sesuatu yang tidak betul, dan kita mesti berdiri sama dengan mereka yang terkesan.

"Airbnb akan menyediakan rumah percuma kepada pelarian dan mereka yang terkesan.

"Kami ada 3 juta rumah, jadi kami akan tolong mereka mencari rumah untuk tinggal," tulis Brian sambil meminta mereka yang terkesan menghubunginya menerusi emel peribadi.

Jurucakap Airbnb berkata kepada Mashable bahawa pihaknya akan memberi perincian tentang perkara itu beberapa hari lagi.

Airbnb sebelum ini pernah menawarkan rumah percuma kepada mereka yang terkesan akibat gempa bumi di Itali dan kebakaran hutan di Chile.

Sumber: Mashable
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli