Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Ibu Yang Travel Tanpa Bawa Anak Kecil, Cara Ini Boleh Membantu Untuk Pastikan Susu Yang Dipam Tidak Rosak

No Comment

Atas faktor kerja, dan perlu ke luar negara dalam waktu yang panjang, sudah pasti ada di antara ibu di luar sana yang terpaksa meninggalkan anak kecil dalam jagaan keluarga yang lain. Ia merupakan keputusan yang berat, namun perlu dilakukan untuk keselesaan ibu juga anak.

Namun begitu, jika anak masih lagi menyusu badan, sudah pasti ibu tidak mahu susu yang ada terbazir begitu sahaja, dan khuatir ia akan mengurangkan kuantiti susu jika tidak dipam, atau disusui oleh anak.

Bagaimana pula, cara yang boleh dilakukan, agar susu tersebut boleh terus ‘dipam’, serta disimpan dengan selamat? Seorang ibu, iaitu saudari Nur Izzati, kongsikan tip yang boleh digunakan, buat ibu di luar sana.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Post ni panjang tapi mungkin membantu BF mummies yang travel tanpa anak

7 hari travel tanpa anak. Satu pengalaman baru untuk BF mummy ni. Alhamdulillah selamat sampai KL - Guangzhou - KL bersama stok susu. Rindu anak takyah cakap la.

Mula-mula nak travel tu risau jugak macam mana nak bawa stok susu naik flight apa semua. Yelah, biasanya airlines cuma benarkan 10ml macam tu je bawak naik flight. Dah dengan stok bagai ni macam mana kan. Mau mak tak risau.

Masa nak ke Guangzhou haritu pun saya banyak buat bacaan dari pengalaman orang lain supaya lebih bersedia sebelum sampai ke sana. Jadi, saya rasa nak give back to others dengan menceritakan pengalaman saya pulak.

Persiapan dari Malaysia saya bawak (SEBELUM TRAVEL)

a. Cooler bag :
Saya guna jenis Alegra. Ice pack tahan 12-16jam dalam ni. (Rujuk gambar)

b. GabaG backpack Senang nak bawak gi mana-mana sebab jenis sandang & muat segala benda. Laptop, bag mekap, telekung, pam (Rujuk gambar)

c. Handsfree nursing bra : Senang masa mengepam tak perlu pegang botol. Kalau guna freemie lebih senang. Tapi saya tak sesuai dgn freemie. 

d. Nursing cover : Kalau taknak bawak nursing cover pun takpe, tapi make sure tudung kena labuh. Sebab senang bila sampai masa nak pam, kat mana-mana pun boleh pam je -- cover dgn tudung/nursing cover

e. Ice pack yang mencukupi : Saya bawak 6 ice pack masa travel. Gunakan 2 masa jalan-jalan & selebihnya frozenkam siap-siap dalam freezer hotel. (Selebihnya nak gunakan masa balik Malaysia)

f. Storage botol : Saya bawak 5 botol. Masa jalan-jalan lepas pam terus masuk storage botol sebab nak cepat. Lepas sampai hotel, pindah dalam storage bag & frozenkan.

g. Storage plastic bag : 
Plastic ni perlu sangat-sangat untuk simpan stok dalam freezer. Saya cadangkan guna yang 12oz punya so susu boleh simpan leper dan jimat space.

h. marker pen : Gunakan marker untuk tanda plastic bag dengan nama, no tel, & no bilik hotel yang kita duduk just in case

***Tambahan :
 Saya bawa plastic ikea yang boleh seal tu & selotape. Ni untuk kumpul stok susu hari yang sama dalam satu bag plastik ikea tu & selotape dia. Senang nak tumpang simpan dalam freezer hotel ke apa.

TIPS SEMASA TRAVEL

1) Kena SABAR & KUAT

Ni paling-paling sangat mummies kena buat. Sabar dan kena kuat sebab travel memang penat dan kita tak boleh jangka jadual kita. Nak berjalan, nak shopping bagai, nak kerja lagi. Sabar & kuat. in shaa Allah, Allah ganjarkan dengan yang setimpal. Untuk anak kita juga, kan?

2) Sentiasa jaga jadual pump

Kita taknak sebab travel, susu drop kan. Jadi, seboleh-bolehnya jagalah jadual pam 3 jam sekali. Paling-paling busy pun, curi masa 15 minit untuk pam.

3) Jangan tunggu keadaan sesuai/selesa baru nak pam 

Sebab kita tak tau bila kita travel tu macam mana keadaan tempat tu. Lebih-lebih lagi kalau travel luar Malaysia. Sediakan peralatan secukupnya supaya kat mana-mana pun kita boleh mengepam bila sampai masa

4) Dapatkan sokongan suami/keluarga/kawan-kawan

Sokongan mereka-mereka ini lah yang buatkan kita untuk terus kuat.

Penyimpanan susu dalam freezer hotel

Sebabkan hotel yang saya duduk freezer dia sangat-sangat kecik, (hotel kecik & takde dapur pulak) jadi susu saya tumpang simpan dekat bilik kawan-kawan jugak. Thank you korang yang memahami tu. Hehe.

Lepastu dah mula risau sebab hari kedua je peti ais semua dah penuh (sebab memang kecik gila) & berdoa supaya Allah mudahkan urusan. Waktu tu memang Allah nak tolong, kami pergi makan di restoran makanan halal & hasben cuba-cuba je tanya kalau boleh tumpang freezer dorang. Dan alhamdulillah! Dorang bagi tumpang secara PERCUMA je. Dapat deep freezer lak tu. Syukur gila.

Hasben try juga bagi bayaran kat dorang tapi sungguh-sungguh dorang tolak sampai berkejaran jugak la punya taknak terima duit kami. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

PERSIAPAN BALIK MALAYSIA

a. Susu yang simpan di restoran tu tadi, bawak balik hotel & start packing

b.
Packing waktu betul-betul masa nak checkout sebab nak jaga susu tu supaya kekal frozen & juga ice pack tak mencair dengan cepat

c.
Susun semua stok susu dalam cooler bag (refer gambar) tabur sedikit garam, letak ice pack. Tutup bag dan balut dgn kain & wrap bag dgn plastik (selotape plastik tu sekali)

d. Cooler bag ni saya letak dalam luggage dan check in sekali bag-bag semua.


GabaG jenis backpack

Senang nak bawak gi mana-mana sebab jenis sandang, tali dia tebal & selesa kat bahu walaupun kena usung seharian sana sini. muat segala benda. Laptop, bag mekap, telekung, pam, storage bottle, ice pack. Berbaloi melabur untuk anak (ayah dia tolong bawak pun tak segan sebab tak nampak macam bag susu pun hehe)

Dalam ni saya letak 2 ice pack & 5 storage bottle. Sepanjang perjalanan tu, sampai je masa pam, saya akan pam dan simpan dalam GabaG ni. Dalam flight, dalam teksi, sementara tunggu naik flight.

TIPS:

Masa lalu kastam untuk departure tu, kalau kastam tu scan dan tanya ada bawak air ke dalam bag? Terus je cakap "ada susu anak" in shaa Allah dorang tak check pun dan terus bagi jalan. Kalau dorang nak check jugak, make sure dorang nampak pam & susu dgn mudah. Jangan nak kena selak-selak banyak benda baru boleh nampak susu&pam. Elakkan perkara yang boleh mencurigakan.

GabaG ni jugak la saya usung sana sini seharian. Dah melekat jadi satu identiti gamaknya. Hahaha tak kesah sebab I'M A PROUD BF MUMMY


Ni la sebabnya saya cadangkan bawak nursing cover dan pakai handsfree nursing bra. Supaya senang kita nak mengepam anytime anywhere.

Setiap kali bawak keluar pam ni, hasben mesti cakap "haaaa dah siap dah alatan nak berperang dia"

Pasang semua peralatan & cover dengan nursing cover, tadaa! Org taktau pun kita tengah mengepam. Sambil makan, sambil menunggu, sambil dalam teksi. Mama ok jee.


Sesi malam sebelum tidur. Bersihkan semua peralatan pump so esok pagi nak berjalan senang. Setiap malam punya aktiviti. Thank you ayah tolong mama walaupun mengantukk


Sebelum tidur, pastikan pump di caj. Supaya esok bangun pagi tak kelam kabut.


Basuh botol-botol dengan air panas. Apa yg ada jela kat hotel tu. Asal boleh, ni pun setiap malam sebelum tidur.


Susun untuk keringkan. Dah settle baru boleh tidur dgn aman


Ice pack ni RM9 je tak silap. Tahan 12 - 16jam. Berbaloi sangatkan.


Cooler bag Alegra. Ice pack tahan 12 - 16jam dalam ni. Cooler ni saya letak semua stok susu dalam ni, tabur gram sikit, letak ice pack, wrap dgn plastick & letak dalam luggage. Saya check in sekali dalam luggage (ni kawan stewardess saya suggest buat macam ni)

In shaa Allah, pengalaman saya kastam tak tahan pun (walaupun masa scan bag memang zikir tak putus) hahaha nervous mak kalau kena tahan sebab bawak cecair.


Dah selamat sampai Malaysia. Alhamdulillah susu masih frozen & ada la 2,3 plastik yang dah start mencair. Yang tu terus masuk chiller bagi anak minum hari yg sama.


Tengok la muka happy dia tu mama dah balik. Adam 7 bulan. Doakan Adam menjadi anak yg soleh & muslih & semoga rezeki susu Adam dicukupkan selama 2 tahun

- Siakap Keli

BACA: Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli