Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Ibu Hamil, Jangan Rasa Terbeban Jika Dikunjungi Jururawat Ketika Berada Di Rumah, Ini Adalah Sebabnya

No Comment

Bila mana kita sakit, sudah pasti akan mendapatkan rawatan di hospital, dan jika perlu akan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Di dalam wad pula, ramai jururawat akan pergi dari katil ke katil yang lain untuk melihat perkembangan pesakit bersama dengan doktor yang ditugaskan.

Begitu juga bagi ibu yang melahirkan anak, di mana segala tumpuan akan diberikan kepada mereka. Dari saat dimasukkan ke hospital, ketika sedang melahirkan anak, juga selepas anak dilahirkan, sudah pasti jururawat akan sentiasa berada di sisi ibu tersebut.

Tapi, dah lah dekat hospital ditemani jururawat, bila sudah pulang pun, masih lagi jururawat datang ke rumah, hendak berehat pun tidak boleh, jadi tak selesa pula.

Untuk mereka yang tertanya-tanya, atau tidak pasti mengapa jururawat sering berkunjung ke rumah pesakit walaupun sudah ‘discharge’, saudari Nur Nabiila Masfuzah yang juga merupakan seorang jururawat kongsikan apakah yang dilakukan oleh jururawat, apabila mereka berkunjung ke rumah pesakit, lebih-lebih lagi buat ibu mengandung.


Kenapa Jururawat Melawat Dari Rumah Ke Rumah

Jururawat takde keje ke?
Cuti-cuti ni tak reti berehat?
Mengapa nak kacau orang dengan datang melawat?
Ape relevan Jururawat datang melawat mase anda hamil?
Mengapa datang melawat sewaktu berpantang pula?

Orang nak rehat lah!

------

Jururawat melawat anda semasa hamil bukan saje-saje nak menjengah aktiviti harian anda di rumah..

Mereka melawat selepas anda melahirkan pula untuk meninjau keadaan anda dan bayi. Sudahlah anda sedang berpantang, anda mesti memerlukan pemerhatian lengkap dari mereka yang terlatih berkaitan keadaan anda bukan?

----

Bukanlah Jururawat ni mahu menyibuk serta menganggu tugasan anda..

Apetah lagi nak menganggu anda buat kerja. Rasanya Jururawat akan call dulu sebelum datang; bukan main terjah begitu sahaja.

Kecuali jika panggilan tidak dijawab, maka mereka perlu melakukan lawatan bagi memastikan anda masuk ke wad lebih-lebih lagi kes mereka yang sudah post date.


a. LAWATAN SEMASA ANDA HAMIL

1. Wajib Lawatan Ke Rumah

Lawatan kerumah memang wajib dilakukan oleh mereka yang bertugas di klinik kesihatan ataupun klinik desa.. Memang ada termaktub dalam skop tugasan mereka bilamana lawatan rumah wajib di lakukan pada semua ibu mengandung tidak kira dimana ibu tersebut melakukan 'booking'.

2. Kekerapan Lawatan

Lawatan rumah wajib dilakukan sekurang-kurang 3 kali pada kes ibu tiada masalah & sekerap yang mungkin pada ibu hamil yang bermasalah atau berisiko terutama bagi ibu-ibu yang ada possibility atau ada risiko diabetes serta darah tinggi.
(Bergantung kepada prosidur klinik sesebuah kawasan atau jumlah staff yang available)

3. Pastikan Persekitaran Rumah

Kali pertama Jururawat datang kerumah adalah untuk memastikan persekitaran serta keadaan rumah anda bersesuaian dengan anda yang hamil selain memantau kesihatan ibu.

Yelah, ibu yang hamil seelok-eloknya duduk/berada dalam persekitaran yang bersih serta selamat. Selain itu tujuan lawatan kerumah juga untuk mengeratkan silatuhrahim antara Jururawat dan Ibu/Keluarga sebab 1 Jururawat kena jaga one whole family seperti yang disebut-sebut 'personal care'.
4. Pastikan Ubatan/Vitamin Adalah Betul

Bagi ibu yang kali pertama hamil pula; misi boleh memastikan ibu mengambil ubatan/vitamin yang diberikan dengan betul selain memeriksa ibu-ibu menanda Fetal Kick Chart dengan betul, bukannya 'chartology' iaitu, hari ni 8/11 tapi dah chart sampai 12/11..

Amboy, advance sungguh baby beliau!!

5. Kes Kelahiran Bermasalah

Jururawat perlu memberikan perhatian yang lebih kepada ibu-ibu yang hamil ekoran terdapat beberapa kes kelahiran yang bermasalah seperti Prenancy Induce Hypertension; Gestational Diabetic serta Twin Pregnancy.

6. Beri Sokongan Moral

Jururawat juga melawat dengan tujuan untuk memastikan ibu-ibu mendapat sokongan moral dari keluarga supaya ibu tidak stress sepanjang kehamilan. TIDAK ada ibu yang stress sepanjang hamil? Bagaimana dengan ibu yang hamil tidak bersuami?

Bukankah mereka juga perlu diberikan sokongan? Disinilah Jururawat memainkan peranan; selain mengenalpasti sebarang 'trigger' factor yang boleh mewujudkan suasana tidak selesa kepada ibu yang hamil itu sendiri.


b. LAWATAN SELEPAS ANDA MELAHIRKAN

Lawatan Berkala Dan Pemeriksaan

Bagi ibu selepas melahirkan pula, lawatan kerumah dilakukan mengikut sela masa tertentu iaitu dari hari 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 10, 15 dan 20 melahirkan. Bagi kes bayi mengalami jaundice pula, lawatan akan dilakukan pada hari pertama kelahiran sehingga hari ke 10. Disini mereka akan melakukan pemeriksaan seperti;

- Tekanan darah

- Suhu badan

- Nadi

- Pemeriksaan payudara (bagi mengesan sebarang jangkitan yang berlaku selain memberi tunjuk ajar tentang perlekapan yang betul bagi menyusukan bayi)

- Lokia (iaitu nifas yang keluar dari segi warna, bau serta kuantiti yang keluar bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian seperti tumpah darah atau jangkitan kuman pada kemaluan)

- Pemeriksaan tinggi rahim ( untuk nenilai tentang penurunan rahim adalah bersesuaian dengan jumlah hari melahirkan)

- Perineum (Bagi melihat kepada jahitan serta luka yang terhasil selepas melahirkan, dibimbangi belum sembuh dan boleh mengakibatkan jangkitan)

Dari pemerhatian diatas, mereka boleh menilai kepada sebarang tanda yang memerlukan ibu di refer ke hospital dengan kadar segera.

Selain itu, bayi juga dinilai keadaanya. Mereka akan memerhati kepada keadaan jaundice pada bayi. Mereka akan memerhati dari warna kulit serta mata bagi melihat tanda jaundice yang telah merebak. Mereka cukup terlatih dalam menilai keadaan dimana waktu seharusnya bayi dibawa ke hospital bagi pemeriksaan darah berkaitan jaundice.

Mereka juga akan menimbang berat bayi, mengukur tinggi bayi serta mengira lilitan kepala bayi. Mereka akan menilai cara bayi menyusu badan samaada betul atau tidak bagi membantu bayi merasa kenyang dan ibu merasa selesa.


c. Beri Pendidikan Kesihatan

Ada ibu yang tidak berak dan kencing selepas melahirkan ekoran trauman dengan proses kelahiran, disinilah fungsi Jururawat bagi memberikan pendidikan kesihatan. Ada ibu yang segan mahu meluahkan perasaan yang mengganggu emosi mereka semasa berada dihospital atau lawatan di klinik. Tetapi dengan kehadiran jururawat ke rumah, sekurang-kurang emosi itu boleh diluahkan lalu risiko postpartum blues dapat dikurangkan.

d. Menilai Keadaan Ibu

Jururawat yang melawat kerumah juga dapat menilai keadaan berlakunya Deep Vein Thrombosis atau trombosis vena - keadaan dimana berlaku penggumpalan darah yang terjadi di dalam pembuluh darah yang besar yang terdapat di bagian paha dan betis. Dibimbangi darah beku ini akan bergerak dalam saluran darah terus ke paru-paru yang beh mengakibatkan sesak nafas dan kematian.

e. Sebagai Rujukan

Kaedah perancangan keluarga juga akan diberitahu terutama bagi kes ibu yang melahirkan secara czer dan ibu yang melahirkan ramai anak dengan jarak yang terlalu dekat. Disini, ibu-ibu boleh secara langsung bertanya tentang beberapa perkara kepada Jururawat yang datang melawat supaya sebarang keraguan boleh di nyatakan secara verbal.


Sebenarnya lawatan ke rumah adalah memudahkan ibu hamil serta ibu yang melahirkan. Keutamaan adalah ibu yang telah melahirkan kerana pemerhatian yang sepenuhnya perlu di lakukan. Tambahan pula dibimbangi dengan keadaan ibu-ibu yang masih 'kepenatan' selepas melalui proses kelahiran enggan hadir ke klinik ekoran keadaan mereka yang tidak membenarkan.

Jangan bimbang ibu-ibu, datang melawat tu pun kerja Jururawat juga. Bukan mereka membuang masa begitu sahaja dengan datang rumah ke rumah tidak kira panas dan hujan. Tidak kira waktu bekerja atau hujung minggu. Itu merupakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan mereka telah memilih melepaskan tanggungjawab dirumah demi bakti mereka yang tidak seberapa itu.

Jangan gusar, mereka tidak minta setitis air pun untuk menghilangkan dahaga mereka di panas terik atau tuala bagi mengelap basah baju dan tudung sewaktu hujan. Cukuplah sekadar dihargai serta kehadiran mereka diterima. Selagi mereka melihat ibu-ibu sihat dan melalui proses berpantang dengan jayanya tanpa ada apa-apa masalah, itu sudah memberikan rasa syukur di hati mereka.

Notakaki;
Mereka ini ada yang sudah bekeluarga. Tetapi mampu memberikan komitment mereka kepada anda. Mengapa tidak anda berikan sedikit masa kepada mereka? Percuma sahaja bukan? Melainkan anda warganegara asinglah.

Bel Nawhen
Jururawat Dewan Bedah.

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli