Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bertanya, Bertanya, Dan Bertanya Lagi, Ini Antara Ciri Orang Bijak Pandai Yang Boleh Kita Ikuti Dan Amalkan

No Comment

Mempunyai kepandaian, atau kelebihan dalam satu perkara, sudah semestinya satu anugerah buat semua orang, lebih-lebih lagi jika mempunyai kelebihan seperti mudah untuk memahami sesuatu perkara, atau bijak dalam berkata-kata.

Namun, jika diikutkan, kita dilahirkan dalam keadaan sama sahaja, cuma yang membezakan bagaimana cara kita untuk meningkatkan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

Bagi seseorang yang bijak pandai, sudah semestinya mereka akan menjadi tumpuan rakan sekerja, rakan sekelas, atau adik-beradik yang lain, untuk dijadikan sebagai rujukan. Tapi, selain dari itu, apakah ciri lain yang boleh kita jadikan contoh dari mereka yang bijak pandai ini? Berdasarkan perkongsian dari saudara Bukhari Ramli, terdapat 7 keistimewaan yang boleh dijadikan teladan dari mereka yang bijak pandai ini.

Mari kita lihat, apakah ciri-ciri tersebut.


[7 CIRI ORANG BIJAK PANDAI YANG BOLEH KITA TIRU & AMALKAN]

Apa ciri orang bijak pandai?
Macam mana untuk kita juga menjadi orang bijak pandai?

Bijak di sini bukan bermaksud pandai A berderet di sekolah.

Bijak pandai di sini merujuk kebijaksanaan berfikir, menyelesaikan masalah, membuat keputusan terbaik IN REAL LIFE.

Teruskan baca...


1. Mereka bertanya soalan.

2. Mereka bertanya soalan untuk mendapatkan pencerahan dan kefahaman

BUKAN soalan meminta kebenaran. (NOT asking for approval.)

Soalan meminta kebenaran = soalan pengecut. Kalau salah, kita boleh salahkan pemberi jawapan / pemberi kebenaran.

"Dia cakap boleh buat macam ni, aku ikut je!"

3. Mereka bertanya soalan pandai

Mereka tidak takut kelihatan bodoh. Tetapi mereka TIDAK AKAN bertanya soalan bodoh.

Soalan bodoh = soalan malas berfikir = soalan yang, kalau dijawab, tidak membantu apa-apa dan tidak membawa kepada apa-apa pencerahan dan kefahaman.

“Betul tak buat macam ni?” [SALAH]

“Kalau saya buat A, ok tak?” [SALAH]

"Bisnes saya ni boleh guna FB ads ke?" [SALAH]

"So saya kena guna software/app ye?" [SALAH]

“Boleh terangkan kenapa dan bagaimana Tuan sampai kepada keputusan begitu? [BETUL]

4. Apabila mereka dapat jawapan, mereka bertanya lagi


5. Minta Penerangan atau Penjelasan

Apabila jawapan diberi dalam ayat bombastik (yang tiada maksud jelas, sekadar nampak hebat), mereka akan minta penjelasan dalam bahasa paling mudah.

6. Inginkan Bahasa Mudah Difahami

Apabila mereka tidak mampu untuk faham jawapan, mereka akan tanya lagi dan minta penerangan dalam bahasa mudah yang budak 5 tahun pun boleh faham.


7. Catit Sesuatu Yang Mencabar Minda

Apabila mereka jumpa jawapan yang menarik, memberi pencerahan, menambah kefahaman dan MENCABAR PEMIKIRAN SEDIA ADA.

Mereka akan catit dan simpan untuk ‘dimasak’ lagi nanti.

"Oh menarik pemikiran ni, aku tak pernah fikir macam tu. Catit dulu, nanti balik aku sambung fikir lagi."


BONUS 1:

Mereka bukan semulajadi bijak. Mereka sebenarnya belajar dengan lebih mudah dan cepat. Mereka KUASAI CARA BELAJAR & HADAM MAKLUMAT.

Mereka kuasai cara untuk proses maklumat & ilmu mentah menjadi kefahaman yang praktikal dan boleh diaplikasikan.

BONUS 2:

Kenapa dan bagaimana mereka belajar lebih mudah & lebih baik?

Mereka sentiasa ada perasaan ingin tahu yang meluap-luap. Mereka mahu tahu bukan semata-mata mencari jalan mudah. Mereka memang sayang ilmu dan suka belajar ilmu baru.

Mereka melihat dunia semacam satu kotak misteri yang seronok untuk diselongkar.

Mereka mungkin tidak sentiasa ada jawapan. Cuma… Mereka memburu jawapan dengan soalan-soalan ‘killer’!

BONUS 3:

Apabila kita bertanya soalan bodoh & malas, kita dapat jawapan bodoh & malas.

Apabila kita berhenti bertanya soalan, kita berhenti belajar.

Apabila kita berhenti tulis apa yang kita belajar, kita akan lupa apa yang kita belajar.

BONUS 4:

Bagaimana untuk tanya soalan pandai?

Mulakan dengan soalan bodoh.

Kemudian… Belajar untuk sedar kualiti soalan kita yang sangat rendah. Kesedaran ialah langkah pertama ke arah perubahan.

Ubah untuk tingkatkan kualiti soalan.

Jangan takut mengaku bodoh. Sedar diri kita bodoh, kita boleh belajar.

Paling teruk sebenarnya ialah bodoh sombong.

Mungkin ciri-ciri yang ada ini, dan bagaimana untuk memperolehinya boleh kita amalkan dan cuba untuk berubah menjadi seorang yang lebih berpendirian, serta mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Jom kita berubah untuk kebaikan bersama.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli