Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berbaloikah Memiliki Hartanah Di 4 Lokasi Strategik Ini, Pemuda Ini Kongsikan Kupasannya

No Comment

Mempunyai hartanah yang dikelilingi oleh pusat tarikan pelancong, kemudahan awam, lot kedai, juga hampir dengan laluan lebuhraya utama sudah semestinya menjadi idaman buat semua orang. Ia merupakan salah satu faktor yang dititikberatkan dalam pembelian hartanah.

Namun begitu, jika hartanah tersebut berdekatan dengan kemudahan yang ada, sudah pasti harga yang ditawarkan akan tinggi. Mana tidaknya, lokasi yang strategik akan memberikan impak yang besar buat pemilik hartanah, atau pembeli.

Jika dilihat, sememangnya terdapat banyak kawasan strategik yang ada pada masa kini, tetapi, yang mana satu agaknya menjadi pilihan yang tepat? Dari perkongsian saudara Eliayes Hamzah, terdapat 4 perkara penting yang anda harus tahu, dalam membuat pencarian hartanah. Jom kita ikuti perkongsiannya.


4 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LOKASI STRATEGIK HARTANAH

Topik yang tidak asing dalam dunia hartanah, lokasi lokasi lokasi.

Ramai yang bertanya kat mana nak beli rumah ni? Mana lokasi yang hot untuk invest?

Jadi kali ni secara umumnya aku akan share macam mana korang nk mulakan pencarian hartanah korang. Simpan nota ni elok-elok supaya nanti tak payah aku nak menjawab banyak kali..hehe.

Ada 4 perkara (booster) yang bagi aku penting dalam pencarian hartanah:


1. Sekolah/universiti

Kawasan perumahan yang berdekatan dengan universiti terutamanya menjadi tumpuan semua investor-investor hartanah. Ini kerana dengan adanya lambakan pelajar universiti ini maka sudah tentu wujudnya demand kepada rental market.

Tapi harus juga diingat jika terlalu banyak rumah di kawasan itu maka demand kepada rental market tidaklah begitu memberangsangkan.

So kat mana nak beli ni? Tengok harga semua da melambung naik. Kenalah rajin buat homework skit. Banyak new universities sedang dalam construction sekarang ni dan ada yang baru siap. Jangan malas cari.

Antara beberapa contoh yang ada seperti: 

- Xiamen University
- Manipal University
- UiTM Dengkil
- Nilai University


2. Pusat Komersial/pejabat

Antara tarikan pelabur sudah tentu juga hartanah yang berdekatan dengan pusat komersial mega. Aku tak cerita pasal satu row rumah kedai sebagai pusat komersial ok. Yang aku maksudkan project-project besar macam MidValley, KLCC, Pavillion dan sebagainya.

Kan mahal-mahal rumah dekat kawasan tu? Memang la mahal, ada ke aku suruh beli kat situ? Cari la upcoming projects pasal shopping mall ni.

The Two (Rawang)
Pavillion 2 (Bukit Jalil)
KSL mall (Klang)
Fox studios (Genting)


3. LRT/MRT

Dengan adanya kemudahan pengangkutan yang baik, demand terhadap hartanah sepanjang jajaran laluan MRT/LRT juga meningkat.

Kita ambil contoh MRT yang dah beroperasi sekarang ni, banyak flat-flat lowcost yang terletak berhampiran station MRT ni mengalami kenaikan harga yang mendadak.
Walaupun berstatus lowcost, tetapi lokasinya yang strategik mampu menarik minat golongan pelabur-pelabur baru.

Untuk projek-projek kemudahan pengangkutan awam yang bakal dilancarkan tak lama lagi, korang boleh la mula kaji kawasan-kawasan yang berpotensi disepanjang jajaran projek tersebut.

- LRT3
- MRT2
- BRT


4. Kemudahan akses ke lebuhraya

Untuk pelabur baru mungkin tak berapa nak paham kenapa lebuhraya ni jadi poin penting. Lebuhraya ni tujuannya adalah untuk mengurangkan masa perjalanan dan juga mengurangkan kesesakan.
Jadi dengan adanya lebuhraya baru, hartanah yang terletak dilaluan keluar masuk lebuhraya akan dapat kesan positif.

Ini secara tidak langsung akan wujudnya demand dan sekaligus akan meningkatkan rental market di kawasan itu.

Ada beberapa highway baru yang bakal menjadi booster besar.

- SUKE (Sungei Besi-Hulu Klang Expressway),
- DASH (Damansara-Shah Alam Elevated Expressway),
- EKVE (East Klang Valley Expressway)
- KIDEX (Kinrara-Damansara Expressway)
- WCE (West-Coast Expressway)


Ok,last aku cerita skit pasal pengalaman aku dengan booster-booster ni. Aku dulu duduk kat Kampung Kerinchi (tak pasti korang tahu ke tak tempat ni). Boleh dikatakan 25tahun lepas kawasan ni memang tiada apa. Kawasan rumah lowcost dan setinggan. Sepanjang aku membesar di Kampung Kerinchi, banyak pembanguna yang aku nampak sehingga ke hari ini.

Booster pertama yang ada di Kampung Kerinchi adalah University Malaya. Bila kebanjiran pelajar merebak ke Kampung Kerinchi kerajaan mula bina projek putra LRT. Projek ni masa tu memang buat orang kampung semua teruja. Hari pertama pelancaran memang penuh train. Maklumlah free. Jadi LRT Putra merupakan booster ke-2 untuk penduduk Kampung Kerinchi.

Seterusnya, booster ke-3 adalah Midvalley Megamall. Dengan siapnya Midvalley, kawasan Kampung Kerinchi terus menjadi tumpuan banyak pihak. Peluang pekerjaan untuk golongan bawah ini sedikit sebanyak membantu penduduk Kampung Kerinchi. (aku pun dlu ada buat partime di starbucks midvalley, ye aku seorang barista)

Selang beberapa tahun(booster ke 4), kerajaan mula membina lebuhraya SPRINT, Kerinchi Link, NPE. Ini secara tidak langsung menjadikan Kampung Kerinchi lokasi yang sangat-sangat strategik.

Sehinnga ke hari ini, pembangunan di Kampung Kerinchi (kini dikenali sebgai Bangsar South) tidak pernah habis. The Sphere,The Village, Capri, KLgateway, Pantai Sentral Park.

Rumah lowcost yang aku dan family duduk sudah tiada dan digantikan dengan Servis apartment yang baru bernilai hampir setangah juta. Dari rumah yang berharga kurang RM50k dan sekarang rata-rata rumah di Bangsar South tidak kurang RM500k dengan kenaikan 1000% aku rasa cukup berbaloi.

Tambahan pula rumah tersebut tidak lagi berstatus pinjaman. dan dengan adanya keempat-empat booster aku mampu tersenyum.

- Siakap Keli

BACA: Anda Boleh Mohon 8 Jenis Skim Perumahan Mampu Milik Yang Ada Ini Jika Berkelayakan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli