Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Bapa Permainan Pac-Man' Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun



Masaya Nakamura, pengasas kepada syarikat permainan video dengan permainan arked popular, Pac-Man, meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Bandai Namco menerusi satu kenyataan pada Isnin berkata, 'Bapa kepada Pac-Man' itu meninggal pada 22 Januari lalu namun baru sahaja membuat pengumuman pada hari ini bagi menghormati permintaan keluarga.

Kenyataan itu juga tidak menyebut sebab atau butiran lain mengenai kematian itu.

Syarikat Namco diasaskan oleh Nakamura pada 1955. Syarikat itu bermula kecil dengan menyediakan servis permainan kuda untuk kanak-kanak dibumbung sebuah pasaraya di Jepun.

Namco kemudian mula merintis kepada permainan arked dan juga taman hiburan.

Permainan video pertama Namco adalah Gee Bee pada 1978. Ia kemudian diikuti dengan permainan Galaxian pada 1979 - yang menjadi pengevolusi industri itu apabila menjadi permainan video pertama menggunakan warna RGB.

Bagaimanapun, permainan Pac-Man, yang dikeluarkan pada 1980, menjadi menjadikan Namco sebagai sebuah legasi.

Idea permainan Pac-Man, yang direka oleh pencipta permainan video, Toru Iwatani, timbul dari gambar sekeping pizza tanpa satu hirisan.

Menurut laporan, Nakamura Nakamura memberikan nama 'Pac' (atau pakku dalam bahasa Jepun) untuk menggambarkan bunyi karakter itu ketika memakan mangsanya.

Seingga kini, Pac Man masih lagi menjadi salah satu budaya di Jepun, dan kelibat karakter-karakter permainan itu masih kelihatan di televisyen, filem dan taman tema.

Namco bergabung dengan pembuat patung permainan Jepun, Bandai pada 2005 dan Nakamura kekal memegang posisi penting dalam bisnes itu sehingga kematiannya.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli