Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Balu Peroleh Ganti Rugi RM357,500 Selepas Suami Mati Ketika Dalam Tahanan Polis


KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan ganti rugi sebanyak RM357,500 kepada seorang balu yang suaminya meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 2012 setelah memutuskan bahawa kematian itu adalah disebabkan kecuaian polis.

Hakim, Datuk S.Nantha Balan, turut memerintahkan semua defenda, termasuk ketua polis negara ketika itu, kerajaan Malaysia dan lima pegawai polis supaya membayar kos RM50,000 kepada balu terbabit.

Menurut penghakiman dengan 86 muka surat itu, Hakim Nantha berkata defendan telah melanggar tanggungjawab penjagaan mereka terhadap si mati yang ditahan polis setelah disyaki terlibat dalam kes penculikan bayi yang baru dilahirkan.

Tambah beliau, kematian si mati disebabkan oleh kecuaian defendan yang gagal menghantarnya ke hospital untuk rawatan dalam keadaan apabila adalah jelas bahawa tingkah laku tahanan itu agak ganjil dan defendan telah pun dimaklumkan bahawa dia tidak sihat serta memerlukan rawatan perubatan.

"Saya berpendapat bahawa liabiliti bagi kecuaian (akibat kealpaan) dan salah laku awam telah diwujudkan terhadap defendan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Sumber: mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli