Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bahana Autoplay, Pekerja Terpasang 'Video Dewasa' Selama 5 Minit di Skrin Billboard Pasaraya


China - Pengunjung di sekitar Ningbo di sini terkejut besar apabila melihat filem dewasa dipertontonkan di sebuah skrin LED gergasi di sebuah pasaraya selama lima minit.

Menurut Shanghaiist, insiden memalukan itu berlaku apabila seorang pekerja  tersalah memuat naik koleksi peribadinya ke skrin yang terletak di Ningbo Tianlun Square.

Difahamkan juga, pasaraya yang terlibat telah memohon maaf atas kejadian terbabit. Bagaimanapun, kesilapan itu dilihat tidak mendatangkan kemarahan tetapi gelak tawa dari residen berdekatan.

RT.com pula melaporkan, kesilapan itu berlaku apabila pekerja yang terbabit menggunakan laptop peribadinya sendiri untuk membuat ujian keatas billboard tersebut.

Ketika dia meninggalkan laptop tersebut untuk beberapa minit, video ujian sudah habis dimainkan dan laptop itu terus memainkan video secara autoplay. Hasilnya, video dewasa itu mula dimainkan.

Sumber: RT.comShanghaiist
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli