Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Pemilik Kereta MyVi Di Luar Sana, Ini Cara DIY Bagaimana Untuk Cuci Penapis Penyaman Udara Kereta Anda

No Comment

Terdapat pelbagai kereta yang ada di pasaran pada masa kini, dari jenis MPV, hashback, mahu pun sedan, kesemua kereta tersebut mempunyai perbezaan yang tersendiri. Ia termasuk dari segi reka bentuk, kekuatan enjin, mahu pun alat ganti.

Bagi perkongsian kali ini, admin ingin kongsikan akan penjagaan sebuah kereta keluaran Malaysia ini, iaitu MyVi. Mungkin ramai di luar sana yang memiliki kereta MyVi ini, dan ada ketikanya mempunyai kerosakan pada bahagian kereta, khususnya penyaman udara.

Untuk itu, menerusi dari perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias, admin ingin kongsikan bagaimana caranya, untuk anda membersihkan penapis penyaman udara dengan sendiri.

Jom kita tengok langkah-langkah yang perlu dibuat.

DIY Cuci Aircond Filter Myvi

2017 ni tahun yang banyak kene berjimat. Kalau ada masa boleh buat DIY cuci aircond filter. Kalau beli kedai antara rm 20-30. Filter ni kalau tersumbat, aircond akan keluar perlahan.


1. Bukak glovebox


2. Cari penutup filter seperti gambar. Klip penutup ada di belah kanan. Tarik klip keluar


3. Buka penutup dan tarik filter aircond


4. Filter aircond yang kotor


5. Ambil sabun serbuk letak dalam baldi dan isi air 2 cebok

6. Lepas rendam selama sejam akan ada lagi habuk-habuk dalam filter. Gunakan berus gigi lama untuk cuci.


7. Dah siap cuci jemur bawah kipas atau matahari.

8. Pasang balik filter.


Gambar semasa mula-mula filter direndam.


Selepas sejam direndam


Penutup filter

Moga-moga perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan baru akan penjagaan kereta, terutamanya buat pemilik MyVi, bukan apa, jika anda mempunyai kemahiran untuk melakukan sendiri, apa salahnya untuk membuatnya sendiri. Nanti, tidak perlu keluar, untuk menghadap jem, dan boleh jimat masa juga. – Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli