Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(8 Foto) Illustrasi Rekaan Unik Stadium Sultan Ibrahim Larkin Didedah, TMJ Mahu Stadium itu Jadi Yang Terbaik di Negara ini


Johor, 2 Jan - Penduduk di Johor khususnya di sekitar kawasan Iskandar Puteri bakal menikmati persekitaran yang baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim Larkin mula menghiasi kawasan itu pada 2018.

Bagaimanapun, laman Facebook Johor Southern Tigers dalam satu posting hari ini mendedahkan rekaan unik stadium terbabit menerusi beberapa gambar lakarannya.

Difahamkan juga, stadium itu dijangka akan siap enam bulan lewat dari tarikh asal kerana DYAM Tunku Mahkota Johor(TMJ) membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium itu.

"Untuk makluman, pembinaan stadium yang terletak di Iskandar Puteri ini akan lewat selama enam bulan dari tarikh awal jangkaan siap kerana DYAM Tunku Mahkota Johor membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium tersebut. ", tulis laman itu hari ini.

Turut dinyatakan, TMJ mahu memastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang bagi memastikan pertumbuhan rumput yang baik.

"Baginda mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik. 

"Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini.

"DYAM Tunku Mahota Johor juga mahukan stadium yang dijangka siap pada Januari 2018 ini dilewatkan selama 6 bulan untuk memastikan kontraktor tidak tergesa-gesa mempersiapkannya kerana mahukan hasil yang terbaik untuk stadium baru ini. ", tulisnya.









Sumber: JOHOR Southern Tigers
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli