Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Pekerjaan Atas Kapal Pemasangan Dengan Pendapatan Luar Biasa Tanpa Ijazah Mahupun Diploma

No Comment

Tidak dapat dinafikan pengajian sehingga ke menara gading sudah semestinya ingin dikecapi oleh semua orang, namun begitu, tidak semua mampu untuk melanjutkan pelajaran, mungkin disebabkan masalah pembelajaran atau faktor lain.

Tetapi, walaupun anda tidak mampu untuk mengorak langkah lebih tinggi seperti yang lain, tidak bermaksud anda telah ketinggalan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kemahiran yang boleh digunakan, dan dipraktikkan dalam kerjaya yang lebih besar.

Terdapat banyak institusi yang menawarkan jurusan kemahiran, dan dari situ anda boleh mengasah bakat dari segi kemahiran. Menurut saudara Syed Amirul, yang mempunyai pengalaman bekerja di atas kapal pemasangan, terdapat ramai pekerja di sana yang bergaji besar, walau hanya kontrak sahaja.


7 Pekerjaan Atas Kapal Pemasangan Dengan Pendapatan Luar Biasa Tanpa Ijazah Mahupun Diploma

Walaupun tanpa sebarang kelayakan akademik, seseorang masih mampu meraih pendapatan yang luar biasa dengan bekerja offshore. Dari pengalaman saya bekerja di atas kapal pemasangan, ramai insan dengan pendapatan yang luar biasa telah saya jumpa. Ini yang boleh saya senaraikan:

1. Barge Supritendent (BS)

Hampir semua yang pernah saya jumpa adalah bangsa Amerika. Sejujurnya tidak semua pun bagus, tetapi jika ada yang bagus memang tidak dinafikan amat bagus. Kebiasaan mereka mempunyai pengalaman offshore selama 20 ke 30 tahun. Ada yang bermula dari seorang welder, malah ada juga yang bermula dari crane operator. Gaji mereka pastinya 6 angka setiap bulan.

2. Diving superintendent (DS)

Di atas kapal, DS hanya fokus kepada kerja-kerja menyelam sahaja. Namun jika di atas kapal penyelam, DS adalah the boss. Tidak seperti BS yang rata-rata dari Amerika, kebanyakan DS datang dari berbilang negara. Pastinya pengalaman selama 20 ke 30 tahun diperlukan juga. Tetapi saya pernah berjumpa DS yang berumur 30-an, mungkin dia sudah mula menyelam ketika di bangku sekolah lagi.


3. Barge Foreman (BF)

Bagi saya posisi ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan kerja di atas kapal. BF merupakan focal person di atas kapal. Dengan bangganya saya nyatakan, bangsa Malaysia iaitu orang Iban adalah jauh lebih bagus dan cekap berbanding bangsa Amarika. Namun, dek kerana penguasaan English yang tidak berapa bagus menyebabkan mereka sukar untuk naik sebagai BS.

4. Saturation / Air Dive Supervisor (SS / AS)

Untuk menjadi Supervisor pastinya anda perlu mempunyai pengalaman sebagai penyelam sendiri dan cukup tempoh jam percubaan menyelia atas panel. Saya lihat kelebihan memihak kepada SS, kebiasaanya mereka mempunyai kelayakan sebagai AS juga. Ini menujukkan mereka mempunyai lebih banyak peluang job di atas kapal kerana boleh memilih untuk naik sebagai SS atau AS.


5. Saturation / Air Diver (SD / AD)

Kerjaya sebagai penyelam memerlukan anda mengeluar modal yang agak tinggi untuk mengikuti latihan dan seterusnya mendapat lesen (sijil). Namun, pulangan yang bakal menanti juga agak lumayan. Pastinya berbaloi dengan modal awal yang dikeluarkan.

6. ROV Supervisor / ROV Pilot Technician (ROV)

Jika anda minat elektronik dan robotik, mungkin boleh pertimbangkan kerjaya ini. Ia juga memerlukan latihan dan lesen (sijil), tetapi modal yang diperlukan tidaklah setinggi penyelam. Tetapi pengalaman bekerja dalam bidang electrical / electronic / hydraulics / mechanics diperlukan sebeluam layak mengikuti kursus. Boleh rujuk status saya sebelum ini

7. Big Rig Operator (BRO)

‘Big Rig’ merupakan kren utama yang biasanya digunakan bagi kerja pemasangan binaan struktur seperti Topside, Jacket dan lain-lain. Kebanyakan BRO bermula sebagai Crane Operator di darat. Kerja BRO agak menyeramkam, ini kerana ketika mengangkat bebanan BRO hanya bergantung kepada arahan Signal Man semata-mata. Sebarang kelalaian boleh mengundang malapetaka.


Kebanyakan gaji mereka adalah melebihi gred Jusa A. Namun suka saya ingatkan, pekerjaan yang disenaraikan adalah jenis freelance / kontrak.

Pada suatu ketika dahulu, ada pekerja kontrak di bayar gaji ketika di darat. Kini hanya tinggal kenangan. Kebiasaanya gaji mereka hanya dikira berdasarkan bilangan hari di laut.

Pernah saya tekankan sebelum ini, 'nilai' pekerja offshore bergantung kepada purata harga minyak semasa. Justeru, perbezaan gaji yang amat ketara mengikut ekonomi semasa.

Ketika ini pastinya pendapatan tidak seberapa mengancam. Rakan saya yang merupakan seorang BF pernah mengeluh, jika sebelum ini beliau pernah dapat sekitar USD1500 / hari, kini jika dapat USD 500 / hari pun dia tetap bersyukyur.

Sesungguhnya tidak dapat saya nafikan, walaupun tanpa sebarang keluluaan seseorang masih mampu meraih pendapatan jutaan ringgit setahun.

Yang penting apabila sudah dapat peluang kerja offshore, cekalkan hati teruskan usaha. InsyaAllah rezeki akan menyusul.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli