Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Blog Teknologi Berbahasa Melayu Yang Perlu Dibaca Oleh Kaki Gajet & Peminat Teknologi


Dikala teknologi semakin dapat diterima secara umum oleh rakyat di negara ini, informasi dan maklumat mengenainya juga menjadi buruan orang ramai yang gemar membaca isu-isu berkenaan perkara yang mereka minati dalam dunia teknologi.

Namun, kebanyakan blog-blog teknologi Malaysia yang ada sekarang banyak mengutarakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan, seterusnya menjadi batas kepada penyampaian maklumat kepada rakyat negara ini. Mungkin tidak semua, tapi boleh dikatakan hampir separuh.

Tetapi blog-blog itu tidak boleh dipersalahkan kerana mungkin sukar untuk mencari penulis teknologi yang mahir menulis perihal teknologi dalam bahasa melayu. Atau mungkin kerana target pembaca mereka adalah orang yang boleh membaca bahasa inggeris.

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa blog teknologi Malaysia yang cuba menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan. Cara mereka ini dilihat sebagai usaha bagi memperkasakan bahasa melayu dan bagi memastikan bahasa tersebut tidak ketinggalan ditelan teknologi yang begitu cepat berubah (sehinggakan beratus-ratus istilah-istilah baharu muncul).

Bagi yang gemar membaca berita teknologi dalam bahasa melayu, boleh mencuba tiga blog dibawah ini:

1 - Amanz.my

Mungkin blog ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Blog Amanz sudah lama bertapak di negara ini. Malah, kehadirannya juga turut mendapat perhatian dari pembaca dari negara jiran.

Amanz mempunyai cara tersendiri dalam memilih berita dan kebanyakan beritanya adalah untuk pengetahuan umum berkenaan isu semasa dalam dunia teknologi.


2 - Wiser.my

Wiser.my menggabungkan isu-isu semasa berkenaan teknologi di dalam dan luar negara yang dimuatkan di dalam laman web yang begitu ringkas dan mudah difahami.

Jika dilihat pada isinya, Wiser.my banyak mengumpilkan isu-isu yang dilihat boleh memberi impak kepada rakyat Malaysia.

Dari segi penggunaan bahasa pula, Wiser.my dilihat cuba mengolah berita dengan penggunaan gaya bahasa melayu yang lebih senang dengan penggunaan bahasa sekarang.


3 - Techkini.com

Techkini.com pula merupakan blog teknologi yang banyak mengulas perihal gajet-gajet dalam dunia teknologi.

Jika dilihat kepada isi kandungannya, Techkini banyak menawarkan informasi mengenai gajet-gajet terbaru yang ada di pasaran global.

Bagaimanapun, laman web itu juga turut memberikan informasi isu-isu semasa kepada pembacanya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli