Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Buat Kejutan Pulang Rumah Selepas Dia Disangka Mati Akibat Dipatuk Ular 40 Tahun Yang Lalu

No Comment


India - Seorang wanita berusia 82 tahun yang disangka telah mati lebih 40 tahun lalu membuat kejutan apabila pulang kembali dan mengetuk pintu rumah anak perempuannya.

Jiran menyangkakan wanita berkenaan telah mati akibat dipatuk ular dan telah melakukan ritual penghormatan sebelum melepaskan mayatnya ke dalam sungai.

Namun, wanita yang hanya dikenali dengan nama Vilasa itu mendedahkan dia tidak mati selepas dipatuk ular terbabit tetapi hanya pengsan sahaja, lapor Times of India.

Menurutnya, dia tidak mampu mengingati apa-apa selepas kejadian itu termasuk siapa dirinya. Dia diselamatkan oleh nelayan dan dia tinggal berjauhan dari keluarga untuk lebih 40 tahun lamanya.

Bagaimanapun, Vilasa berkata baru-baru ini memorinya mula kembali.

Vilasa kemudian menjejak keluarganya sehingga dia berjaya menemui rumah anak perempuannya, Ram Kumari dan Munni.

Anak Vilasa memberitahu wartawan bahawa mereka dengan pantas mengenali ibu mereka menerusi tanda satu tanda lahir.

Pada 1976, Vilasa dipatuk oleh seekor ular tedung ketika dia sedang bekerja di luar rumahnya di kampung Inayatpur di bandar Majahwan di utara India.



Dia kemudian dikejarkan kepada perawat tradisional berdekatan kampung itu namun tetap 'gagal diselamatkan'.

Vilasa diumumkan mati dan badannya dibawa ke sungai Ganga dimana ritual terakhir dilakukan sebelum badannya dihanyutkan ke dalam sungai.

Selepas terhanyut jauh, Vilasa ditemui oleh nelayan yang mendapati dia masih hidup dan meletakkannya di kuil berhampiran bersama memori kosong.

Sumber: Times of India
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli