Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki Tumbuk Kanggaroo di Muka Untuk Selamatkan Anjing Peliharaannya


Satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki menumbuk seekor kanggaroo di muka mula tersebar di internet.

Dalam video kejadian yang berlaku di Australia itu, lelaki itu bertindak sedemkian setelah kanggaroo itu sedang memegang anjing peliharaannya, Max.

Detik cemas itu dirakam oleh seorang rakan lelaki berkenaan yang merakamkannya dari dalam kenderaan.

'Max, datang sini', kedengaran suara lelaki terbabit memanggil anjingnya.

Namun Max dilihat tidak mampu datang kepada tuannya itu kerana kepalanya dipegang oleh seekor kanggaroo besar.

Lelaki berkenaan kemudian memberhentikan kenderaan dan terus berlari ke arah anjingnya sebelum berlaku satu pergaduhan kecil.

Pada mulanya kanggaroo itu enggan melepaskan anjing terbabit, tetapi selepas dipaksa secara kasar, ia kemudian bangun dan mula melompat-lompat seolah-olah seperti hendak berlawan.

Lelaki terbabit kemudian dengan segera menghalakan satu penumbuk ke muka kanggaroo terbabit menyebabkan haiwan liar itu tercengang sebelum melarikan diri ke belakang.

Menurut Dailymail, video kejadian sudah pun disiarkan ke satu program TV dan sudah diedit dengan suara 'commentator' supaya kedengaran seperti sukan boxing.


Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli