Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Lelaki Ini Ajar Cara Yang Betul Bagaimana Untuk Gunakan Mesin E-Pasport Di Lapangan Terbang

No Comment

Pasport merupakan salah satu identiti diri yang perlu dijaga, dan ianya perlu sentiasa berada bersama anda ketika sedang bercuti, atau ke luar negara. Ia merupakan salah satu identifikasi diri selain daripada kad pengenalan, atau pas pelepasan.

Sebelum menaiki kapal terbang untuk ke destinasi yang dituju, anda perlu telebih dahulu mengimbas pasport bagi mengesahkan anda layak untuk berlepas ke negara luar. Serta untuk memastikan, pemilik pasport tersebut adalah orang yang sama. Begitu juga, jika anda kembali ke tanah air, perkara yang sama juga perlu dilakukan.

Terdapat sebuah mesin yang digunakan khusus untuk mengimbas pasport anda, iaitu mesin e-Passport di lapangan terbang, dan ada segelintir orang tidak dapat scan pasport secara automatik, dan perlu dibuat secara manual. Saudara Ahmad Fuad Rashdi kongsikan bagaimana cara yang betul untuk anda scan passport anda.


Pelik betul perangai orang malaysia ni, kalau keluar negara pandai plak membaca, cari maklumat, bertanya.. bila balik malaysia info depan mata pon tak nmpak. Baca sampai abis info ni, penat tulis tau, tadi dah baca sorang yang komen, "first time guna la tu.. saya bertahun guna ok jer.."

Ni nak kabo kan ni, sesapa yg guna PASPORT ISSUE MAY 2016 dan ke atas (PASPORT BARU) tolong ikut arahan cara guna kat autogate airport, (tolong tengok gambor dan video)

Penat dah ngajor orang guna pasport ni, ada yang masa nak depart dah ajor, balik malaysia je lupa. Pastu komplen pasport tak leh guna.

Kalau bawak baby, kanak-kanak yang tiada biometric terus pi manual counter, orang tua pon kadang-kadang tak ada biometric. Jangan plak nanti korang masuk dulu pastu anak tinggal kemudian, nanti anak tak lepas ngelupur nak suruh anak pi counter, korang bukan boleh masuk balik. Lagi satu jangan nak memandai dukung baby masuk dalam autogate, pasport baby tu nanti tiada siapa nak cop.

Pastu, sapa yang ada hutang ptptn tu sila cek dua tiga hari sebelum pergi, kang dah sampai kat depart kena tahan plak.


1. Sesapa yang pakai pasport cover yang tebal boleh buat macam bantal tu elok la tanggalkan. Memula bukak data page atau halaman yang ada muka korang. 

Lagi satu, kalau ada mykad ke, tiket bas luar negara yang ada chip tu (yang macam card touch n go) jangan le letak sekali kat pasport kalau tak nak tanggalkan cover, mesin tu nanti reject pasport korang


2. Terlangkupkan pasport atas reader.


3. Rapat kan pasport ke kiri, biarkan dia bersemayam atas tu, tengok kat skrin depan.


4. Tengok arahan kat skrin depan, jangan gatal-gatal alihkan pasport, jangan dengar arahan orang lain selain orang yang keje kat gate tu.


5. Letak cap ibu jari kat biometric reader kat tepi pasport tu, benda tu ada lampu merah. Kalau cap ibu jari korang tak jelas lap kat pipi ibu jari tu dan try sekali lagi.



BACA: Lelaki Ini Kongsikan 10 Tip Untuk Membantu Anda Melepasi Imigresen Apabila Melancong Di Luar Negara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli