Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Gagal Rompak Wang RM185,000 Sebab Terkejut Nampak kereta Polis, Perompak Larikan Diri Langgar Orang Awam


Bangi: Sekumpulan penjenayah gagal yang gagal merompak seorang wanita berusia 62 tahun yang dikatakan baru mengeluarkan wang RM185,000 dari bank selepas panik dengan kemunculan kereta unit peronda polis (MPV) di Seksyen 15, di sini, pagi tadi, lapor Kosmo!.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua buah kereta  yang dinaiki lima orang lelaki telah mengekori kereta dipandu wanita itu dari bank di sini, dan memintasnya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kejadian itu disedari anggota MPV yang melakukan rondaan jenayah.

Katanya, melihat kehadiran polis, lima penjenayah itu melarikan diri dengan sebuah kereta dan meninggal dua lagi kenderaan.

“Ketika kejadian, anggota kereta peronda Kajang yang menjalankan tugas di kawasan tersebut ternampak kejadian yang mencurigakan lalu memberhentikan keretanya di situ," katanya.

Menurut Othman, belum sempat anggota polis melakukan apa-apa tindakan, kesemua suspek yang menyedari kelibat polis telah bertindak melarikan diri dan meninggalkan kereta jenis Proton Persona dan Toyota Hilux.

Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan

Dari video yang sempat dirakam orang ramai, sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh seorang suspek bertindak melanggar orang awam semasa hendak melarikan diri. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli