Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Bakal Pengantin Perempuan Enggan Ambil Bahagian Dalam Perkahwinannya - Kerana Sayang Nak Tinggal Permainan League Of Legends


Seorang pengantin perempuan enggan meninggalkan komputernya kerana tersangkut pada permainan video League Of Legends - biarpun bakal ipar dan tunangnya sudah merayu supaya menghadiri majlis perkahwinannya.

Dalam satu video yang memaparkan kejadian aneh itu, bakal pengantin perempuan terbabit kelihatan sudah bersedia dari segi pakaian dan juga mekap. Namun kegemuruhan bermain League Of Legends mengatasi kegemuruhan hari perkahwinannya.

Menurut The Mirror, wanita terbabit berada di pusat komputer ketika bermain permainan online itu dan sedang berada di saat permainan yang genting.

Bakal suami dan iparnya sudah datang ke pusat komputer itu untuk merayu namun wanita tersebut memberitahu mereka: "tunggu seminit".

Seorang wanita di dalam video itu yang dipercayai bakal ibu mertuanya menjerit: "Cepat lah, kita kena pergi ni".

Namun, tidak lama selepas itu, bakal suami wanita berkenaan ditampar oleh ayahnya yang berkata: "Apa masalah kamu ini? Isteri sendiri pun tidak boleh kawal. Sekarang, tarik dia keluar".

Wanita itu kemudian diangkut keluar oleh dua lelaki dari komputernya.

Video berkenaan menjadi hit di China namun ada juga yang mendakwa ia lakonan semata-mata.

Apa yang korang rasa pasal video ni?
Pengantin perempuan tu ingat kahwin main-main ke?
Kesian kat pengantin lelaki kena tampor
Berlakon je ni
Ntah2 iklan League of Legends

Sumber: The Sun


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli