Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Aksi Pencuri 'Bertuah' Bawa Lari Sebaldi Kepingan Emas 39kg Bernilai RM 7 Juta Terakam di CCTV

No Comment

Aksi seorang pencuri mencuri satu baldi emas seberat 39 kilogram dari sebuah trak berperisai di Manhanttan terakam di CCTV.

Kejadian tersebut berlaku di tengah-tengah bandar Manhattan pada September di West 48th Street.

Menurut NBC New York, salah seorang pengawal keluar dari trak itu untuk mengambil barang dan seorang lagi pengawal pergi ke tempat duduk hadapan untuk mengambil telefon bimbitnya meninggalkan lohong masa selama 20 saat untuk pencuri itu 'bekerja'.


Dia kemudian pergi mendapatkan baldi yang mengandungi emas bernilai $1.6 juta (RM 7 juta) itu dan bersusah payah melarikan diri biarpun baldi itu berat.

"Saya fikir dia cuma ternampak satu peluang, mengambil baldi tersebut dan berlalu pergi", kata pegawai polis, Martin Pastor. Polis percaya lelaki berkenaan tidak tahu isi kandungan baldi itu ketika mencurinya.

Menerusi rakaman video kejadian, pencuri itu dilihat melarikan diri sebelum berhenti seketika untuk mengambil nafas. Dia kemudian berjalan lagi beberapa langkah sebelum berhenti rehat lagi.

Jarak yang sepatutnya mengambil masa 10 minit berjalan terpaksa diharungi selama satu jam dek kerana baldi emas terbabit.

Di akhir video itu, dia dilihat memasuki sebuah van di 48th Street and Third Avenue.

Polis percaya lelaki tersebut sedang bersembunyi di Orlando atau Miami bersama kepingan emas itu.

Pastor percaya dia tidak mengetahui isi dalam baldi itu ketika mencurinya.

"Saya rasa apabila pencuri bertuah itu membuka baldi tersebut, dia mulai nampak pelangi dan kilauan emas", kata Pastor.


Sumber: NBC New York


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli