Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Takut Isteri Marah Habiskan RM500 Dengan Perempuan Lain, Warga Emas Buat Laporan Polis Palsu


BAHAU: Tembelang seorang warga emas yang melakukan laporan polis palsu mendakwa dia disamun Rm500 terbongkar selepas takut dimarahi isterinya terbongkar selepas polis melakukan siasatan, lapor Sinar Harian.

Warga emas berkenaan yang berumur 70 tahun dikatakan telah menghabiskan wang berjumlah RM500 dengan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita berusia 20-an di sebuah hotel pada 24 November lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan laporan yang dilakikan pihak polis berhubung laporan polis yang dibuatnya sebelum ini, dia mendakwa disamun ketika melalui jalan belakang deretan kedai berhampiran stesen bas Bahau.

"Kita telah panggil semula warga emas ini semalam (4 Disember) untuk membuat kawad cam bersangkut repot pertamanya pada 24 November lalu, namun dia mengakui telah membuat repot palsu dan kejadian samun tidak berlaku.

"Dia telah merancang untuk membuat laporan polis kerana telah menghabiskan duit RM500 tanpa pengetahuan isteri dan takut isterinya marah.

"Hasil siasatan lanjut, pada hari kejadian sekitar jam 12 tengahari ketika dalam bas, dia berjumpa dengan seorang perempuan berusia 20-an," katanya selepas mengesahkan laporan, hari ini.

Beliau dikataktan telah mengajak perempuan berkenaan ke sebuah hotel di Bahau untuk melakukan hubungan seks.

"Perempuan tersebut mengenakan upah sebanyak RM100, dan warga emas ini kemudiannya terus membayar duit tanpa mengira terlebih dahulu wang tersebut.

"Kes ini bagaimana pun masih dalam siasatan polis dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu," katanya.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. org tua xsedar diri namanya ni.. kubur kata mari rumah kata pergi.. stupid

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli