Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Staff Maybank Seremban 2 Terbaik, Layan Pelanggan OKU Tukar Kad Baru Tanpa Perlu Turun Kereta


Sejak beberapa hari ini hampir di semua cawangan bank dilihat meriah di mana orang ramai beratur panjang menukar kad ATM lama kepada kad ATM baru yang mempunyai transaksi debit.

Orang ramai dilihat berpusu-pusu beratur di luar bank di mana ada menyatakan di sebuah bank nombor giliran sudah habis seawal jam 10 pagi.

Namun, bukan itu yang admin ingin sampaikan, tetapi kisah kakitangan sebuah bank di Seremban yang cukup profesional di mana mereka sanggup melayan pelanggan kurang upaya mereka sehingga di dalam kereta.

Seorang wanita bernama Suzy Haron berkongsikan pengalamannya di mana beliau telah membawa ibunya yang berumur 80 tahun yang juga merupakan seorang OKU. Apa yang menarik selepas dimaklumkan kepada kakitangan bank,


Cerita pagi tadi...saya nak viralkan pengalaman saya pagi tadi...a very2 good experience dan saya nak semua org tahu hal ini. 

Benda2 yg baik juga perlu disebarkan...yang patut diberi pujian...kita pujilah...macamni ceritanya...my mum is 80 years old, warga emas yang bertaraf OKU. 

Kami nak renew kad ATM Maybanknya. Tapi sampai jer di bank tadi, queuenya panjang nyer sehingga ke luar bank. Sy maklum kpd pihak bank dan dengan ikhlas hati mereka menawarkan a personalised service for my mum! 

Kakitangan Maybank cawangan Seremban 2 walaupun tengah kalut dgn orang punyalah ramai, masih sanggup ke luar bank menuju ke mak saya yg sedang tunggu di dalam kereta. Semua urusan pertukaran kad baru di buat di kereta tanpa perlu mak berganjak walaupun seinci! 

Saya disini ingin merakamkan jutaan terima kasih kpd staf2 Maybank khususnya cawangan Seremban 2 kerana mereka go.out of their way nak bantu mak saya yg keuzuran....tq so much semoga Allah merahmati anda semua!!! Bos2 Maybank...kudos to your staff!! Well trained and very professional indeed! Suzy Haron

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli