Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siapakah Yang Bakal Bergelar Juara Dalam Cabaran Dew 2016? Johor Bharu, Penang, Kuantan, Kuala Lumpur atau Selangor?


Selepas lima pusingan sengit di lima lokasi cabaran di seluruh Malaysia berlalu, Dew Challenge 2016 akhirnya sampai di peringkat finale.

Bermula dengan Penang pada dua bulan lepas, acara Cabaran Dew Drone Hunting akhirnya sampai ke penghujung dan 10 peserta terunggul dari setiap lima kawasan yang bertanding; iaitu Johor Bharu, Penang, Kuantan, Kuala Lumpur dan Selangor; sudah dipilih dan akan beradu tenaga di peringkat final nanti.

Cabaran Dew Dota 2 pula menerima  penyertaan menggalakkan dari 1,120 pemain dari 224 pasukan seluruh negara yang menyaksikan pasukan-pasukan ini beradu tenaga dalam acara berprestij itu. Malah, Cabaran Dew Dota 2 kali ini merupakan yang terbesar selepas menerima penyertaan paling banyak sejak ia diperkenalkan.

Final bagi acara Cabaran Aplikasi Dew akan diadakan pada 11 Disember ini yang mana akan menyaksikan 50 finalis bertanding untuk merebut hadiah berjumlah RM50,000. Untuk final kejohanan Dota 2 pula, pasukan-pasukan finalis akan berentap selama dua hari berturut-turut pada 10 dan 11 Disember ini bagi gelaran juara seterusnya merebut hadiah utama dari hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000.


50 Peserta Merebut RM 50,000 Dalam Cabaran Aplikasi Dew

Bagi acara yang baru diperkenalkan iaitu Cabaran Aplikasi Dew, 10 peserta terunggul dari setiap kawasan yang bertanding sudah dipilih dan akan beradu tenaga untuk merebut hadiah berjumlah RM50,000 di peringkat final nanti.

Finalis Cabaran Aplikasi Dew memerlukan daya ketahanan tinggi dimana mereka akan terlibat dalam pertarungan memburu dron selama tujuh jam yang melibatkan mental dan juga fizikal. Selain beraksi secara maya di telefon pintar, peserta juga perlu beraksi serentak di kawasan-kawasan khas sekitar Berjaya Times Square pada 11 Disember ini.

Juara bagi cabaran ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan pulang dengan wang tunai  RM 10,000 dan RM 5,000.

Bagi yang mahu menjadi saksi pertarungan yang mengujakan ini atau mahu memberi sokongan kepada finalis, boleh layari lanjut akan caranya di https://www.mountaindewmalaysia.com atau Facebook Mountain Dew Malaysia.


Cabaran Aplikasi Dew Istimewa Buat Pengunjung Untuk Menangi Hadiah Wang Tunai On The Spot

Orang ramai yang hadir di Final Cabaran Dew juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang misteri dengan menyertai Cabaran Aplikasi Dew istimewa yang juga akan berlangsung pada 11 Disember (Ahad) ini.

Para pemenang dalam cabaran terbuka Aplikasi Dew ini akan menerima hadiah wang tunai on the spot.

Oleh itu, pastikan anda hadir di Final Cabaran Dew dan membawa telefon pintar anda. Tetapi sebelum itu, lengkapkan diri dahulu dengan mempelajari bagaimana cabaran itu dimainkan.

Muat turun aplikasi Cabaran Dew di pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=com.MD.Dewtopia bagi pengguna Android dan https://itunes.apple.com/my/app/mountain-dews-dew-challenge/id1159228392?mt=8 bagi pengguna iOS.

Sebagai panduan, tonton video tutorial cabaran ini menerusi video dibawah.




Saksikan Finalis Pertandingan Amatur Dota 2 Terbesar di Malaysia Berentap

Setelah menjadi juara di peringkat kawasan, pasukan-pasukan finalis dalam acara Pertandingan Amatur Dota 2 akan meneruskan perjuangan mereka bagi merebut gelaran juara Cabaran Dew Dota 2 sekaligus membawa pulang hadiah utama dari hadiah keseluruhan RM150,000 yang ditawarkan.

Kesemua finalis ini akan mewakili kawasan masing-masing iaitu Johor Bharu, Penang, Kuantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Peminat permainan Dota 2 di Malaysia dijemput hadir untuk menyaksikan pasukan finalis terpilih Cabaran Dew Dota 2 mempamerkan aksi dan skil-skil luar biasa di pertarungan terakhir yang akan berlangsung di Berjaya Times Square pada hujung minggu ini.

Layari https://www.mountaindewmalaysia.com or Facebook Mountain Dew Malaysia untuk mengetahui cara untuk memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda pada 10 & 11 Disember nanti.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli