Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seperti Seorang Lelaki Teragung, Wanita Pasti Akan Jatuh Hati Pada Anda Dengan Menghidangkan Hidangan Ini

One Comment

Kalau bab masak-memasak selalunya akan dikaitkan dengan kaum wanita, ini kerana mereka lebih teliti dalam merasa setiap hidangan, dan tahu apa yang diperlukan oleh seisi keluarga. Sememangnya semenjak dari kecil, anak gadis, akan diminta untuk membantu ibu di dapur dalam menyediakan masakan.

Namun, tidak dapat dinafikan juga, terdapat ramai chef tersohor di luar sana, yang merupakan seorang lelaki. Dan ini secara tidak langsung membuktikan lelaki juga mampu untuk menghidangkan masakan yang sama kualitinya dengan masakan wanita.

Tetapi, tidak semua mempunyai kebolehan atau bakat dalam memasak, terutama bagi lelaki. Namun, jika ada latihan, dan cara yang baik, lelaki juga boleh memasak dengan sempurna, lagi-lagi dengan adanya perkongsian dari saudara Khairul Abdullah ini, sudah pasti membuatkan sang jejaka tampak lebih berkebolehan.


Orang Lelaki Patut Tahu Masak Benda Ini

Walaupun kau hanya tahu jerang air dan masak megi sahaja, resepi ni adalah sangat mudah dan kau patut belajar untuk pikat dan impress isteri kau, anak-anak kau atau mak dan ayah kau.

Takkanlah harap bini atau mak jer yang masak. Seminggu sekali di pagi Sabtu atau pagi Ahad kau lebih awal masuk dapur dan berilah kasih sayang pada mereka dengan menabur cinta di atas kepingan penkek yang lazat ini.

Saya dah ejas resepi ni agar mudah dan sedap. Rangup sedikit di luar dan gebu ya amat di dalam. Ada manis sedikit, masin sedikit, lemak sedikit dan enak di makan begitu saja tanpa ada sebarang topping.

Kau baca baik-baik resepi ni dan lepas Jumaat nanti kau singgah kedai dan beli bahan-bahannya. Esok pagi bolehlah kau "surprisekan" bini dan anak-anak atau mak dan ayah kau.


Bahan Untuk Penkek

*1 cawan (150gm) tepung gandum/tepung biasa tau.
*1 cawan (250ml) susu (segar, low fat, full cream) semua boleh.
*2 sudu besar mentega (butter) kau cairkan.
*2 sudu besar gula (yang kau buat bancuh teh atau kopi tu)
*1 sudu kecil garam halus (jangan kau ceduk membukit pula)
*2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
*1 sudu kecil perisa vanilla. (kalau tak ada tak apa)
*1 biji telur yang dibasuh.


Dah, 8 bahan tu sahaja. Silap-silap semuanya dah ada kat rumah kau. Cuba tanya isteri atau mak kau.

Bahan Untuk toppings - pilihan

*Maple syrup
*Madu
*Aiskrim
*Strawberi
*Pisang
*Atau apa sahaja yang sedap.


Cara Nak Buat

1. Kau panaskan kuali yang tidak melekat (non-stick pan) guna api paling kecil sahaja. Kemudian kau masukkan 2 sudu besar butter tadi dalam tu. Dah cair kau tuangkan butter tu dalam blender.

2. Kau masukkan semua bahan lain dalam blender lepas tu kau blend sampai rata semuanya. Telur tu basuh dan pecahkan yer, jangan masuk sebijik dengan kulit tu pulak. Bukan boleh harap orang lelaki ni.



3. Lepas tu kau tuang dalam bekas, dan carilah senduk kat dapur tu. Kalau cari tak jumpa atau kau tak tau rupa senduk macam mana, jangan susah hati. Ambillah cawan dan kau ceduk adunan tadi guna cawan dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali. Atau kau rasa malas, kau boleh tuang terus jer dari blender tu ke dalam kuali. Bila tuang tu agak-agaklah, bila nampak saiz tu dah cantik kau stop lah. Jangan habiskan secawan tu pulak.



4. Kau tunggu sampai nampak adunan tadi berlubang-lubang penuh biasanya dalam 3 minit macam tu dan kau balikkan. Kalau nampak hangit maknanya api kuat, kau perlahankan lagi. Kalau nampak perang keemasan tu maknanya api dah cun.


5. Bila dah balikkan tu kau tunggu dalam 2 minit atau kau boleh guna sudip dan jenguk bahagian bawah tadi tu samada dah golden brown belum. Biasanya 2-3 minit dah cantik.

6. Kau angkat lah lepas tu dan masukkan ke dalam pinggan yang paling cun ada kat dalam rumah kau tu.


7. Kalau nak hidang untuk anak, kau cedukkan aiskrim dan renjiskan maple syrup atau madu. Pagi-pagi makan aiskrim best woih. Kemudian potong nipis-nipis pisang atau strawberi kalau kau rasa diorang suka.

8. Kalau nak hidang kat bini atau mak atau ayah kau, boleh cuba letakkan butter bersama maple syrup atau madu. Kemudian kau hias dengan pisang atau strawberi.

9. Lepas tu kau hidang dan jemputlah isteri dan anak-anak kau menikmatinya. Kau pasti akan nampak anak bini kau senyum gembira. Kau pula rasa puas.


Resepi ini boleh dapat sekitar 7-9 keping penkek. Kalau nak makan ramai kau gandakanlah semua bahan-bahan yer.

Kalau anak kau dah besar sikit, esok hari atau minggu depan(selepas kau terrer) kau boleh ajak diorang masuk dapur dan buat sama-sama. Bila kau kerap buat nanti kau akan pandai guna kuali dan lambung flip sahaja tanpa guna sudip. Time tu anak kau akan ternganga dan bunyai wow sahaja.

Gerenti diorang sayang kau ketat-ketat.

Bini kau pulak jangan cakap lah, sayang kau sampai ke jannah.

P/s: Ini adalah pos resepi saya yang pertama selepas hampir 3 tahun tak pos apa-apa resepi. Diharap kaum lelaki akan lebih disayangi disetiap hujung minggu selepas mencuba resepi mudah ini.

- Siakap Keli

BACA: Jadikan Dapur Anda Sebagai Ruang Untuk ‘Beraksi’, Tip Ini Bakal Jadikan Anda Seorang Ibu Terhebat
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli