Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sedekahkan Wang Deposit Beli Rumah Lelong RM44,500 Kerana Tuan Rumah Susah, Pemilik Ingin Sangat Berjumpa Dengan Mr. Lee Hui Sen


Semalam kami ada menviralkan dua keping gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook, kisah seorang lelaki yang baik hati bernama Mr. Lee Hui Sen.

Mr. Lee Hui Sen dikatakan telah membayar deposit rumah sebanyak RM44,500 untuk membali rumah yang dilelong oleh bank, dia dikatakan telah pergi melawat rumah berkenaan, namun selepas melihat baju-baju budak diluar rumah pemilik asal dan tahu akan kesusahannya, beliau telah membatalkan niat untuk membeli rumah berkenaan.

Apa yang menarik, beliau sanggup kehilangan RM44,500 wang deposit pembelian rumah lelong itu di mana dia tidak mahu menuntut semula kerana duit berkenaan akan terus masok ke akaun pemilik rumah yang susah itu, ia menganggapkan sebagai satu pertolongan kecil kepada pemilik rumah berkenaan.

BACA: Sudah Bayar RM44,500 Untuk Beli Rumah Lelong, Tapi Batalkan Niat Selepas Tahu Pemilik Rumah Susah, Sedekahkan Semua Duit Deposit

Hari ini, memetik laporan harian Metro, isteri kepada pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai Nor, 42, berkata, dia menemui surat berkenaan yang diletakkan dalam peti surat rumahnya pada 21 Julai lalu.

"Saya tak percaya sebab takut kena 'scam' atau orang buat main-main, tetapi bila saya buat semakan menerusi peguam memang benar pembeli berkenaan tulis surat itu.

"Saya tak kenal dan tidak tahu pembeli itu tetapi rasa bersyukur sangat kerana bila dapat surat untuk kosongkan rumah itu saya dah putus harapan,"

Nor dalam temubual menyatakan dia amat berhasrat bertemu dengan Mr. Lee sendiri untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada lelaki itu dan keluarganya.

"Memang ada rasa nak jumpa, nak tahu orangnya macam mana, tetapi saya perlu selesaikan masalah rumah ini dahulu,” katanya.

Menurut beliau, rumah tersebut sudah diduduki sejak 18 tahun lalu itu pernah dilelong empat kali sejak dua tahun lalu sebelum bayaran RM40,000 dibuat bagi penjadualan semula bayaran.

"Hasrat nak selesaikan masalah pinjaman bank masih membelenggu saya sehingga sekarang walaupun sudah membayar RM40,000," katanya yang juga peniaga sambilan.

Terdahulu beliau sudah pun membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya di mana beliau mendakwa telah ditekan sebuah bank sehingga diisytiharkan musflis walaupun bukti hutang tidak pernah difailkan bank tersebut kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

"Bank menjanjikan kepada saya untuk menjadualkan semula pinjaman selepas saya buat bayaran itu dan tidak akan memufliskan saya.

"Malangnya, bank berkenaan tidak menunaikan janji dan melelong rumah saya tanpa sebarang notis selepas memufliskan saya," katanya.

Nor turut membuat semakan di Jabatan Insolvensi Malaysia dan mendapati bank berkenaan tidak pernah memfailkan bukti hutang kepada jabatan itu.

Berikut adalah surat yang menjadi viral semalam.




 - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli