Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Sedih Dituduh Makan Dedak, Saya Jumpa PM Membawa Misi Mereka Yang Susah Dan Fakir Miskin," - Mr Kuan

Siapa yang tidak kenal nama Kuan Chee Heng, seorang aktivis sosial yang membantu orang ramai terutamanya mereka yang susah tanpa mengira bangsa atau agama.

Beliau sering menjalankan kerja-kerja sosial membantu orang ramai sehingga mendapat perhatian media dan netizen yang merasa simpati yang mahu turut membantu dan menyokong kerja amalnya.

Semalam, beliau telah menerima jemputan rasmi untuk bersama dalam perasmian pembukaan MRT bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, namun kehadirannya bertemu dengan PM itu nampaknya menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

Jom kita baca luahan beliau itu.

SEDIH SEDIH SEDIH SEDIH ..........

SEDIH kerana nama nya Melayu dan nama nya Islam. Saya di tuduh pemakan dedak dan pengampu dan pendosa kerana saya menaiki MRT dengan PM. Hahahahaha berapa kerdil nya dan malu nya sekira nama ku Melayu dan Islam.................

Aku di jemput untuk uji naik MRT....... bersama PM. Aku tidak akan melepaskan peluang. Peluang nya berjumpa PM. Di dalam hati ku, dan jiwa ku, diri ku, ku membawa misi, misi misi mereka yang susah dan fakir miskin, misi mereka yang tiada dapat kerakyatan kerana mereka miskin pada masa itu dan emak dan ayah tidak mendaftarkan kelahiran, misi ibu tunggal yang tidak dapat rumah, yang duduk di jalan, misi mereka yang cuci buah pinggang yang tidak berkemampuan, banyak misi saya perlu menyampaikan kepada PM supaya mendapat DANA DIRECT KEPADA MEREKA DAN BANTUAN BUKAN UNTUK SAYA , TETAPI UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN. 

Maka saudara saudara yang bernama Islam, yang kutuk saya macam macam, Allah YANG MENGETAHUI. Ini hari, Najib adalah PM, kalau saya tak minta bantuan nya untuk orang yang susah, siapa lagi. Kalau saya di minta orang susah jumpa Rosmah, saya pun akan pergi. 




Kerana itu satu amanah yang Allah mampukan saya jumpa beliau. ANDAIKATA KIT SIANG JADI PM, SAYA JUGA AKAN JUMPA DIA UNTUK TOLONG ORANG MISKIN. 


Kepada yang mengutuk dan mencaci saya, KAMU MENANAYAI MEREKA SEMUA YANG SUSAH kerana saya bertandang jumpa PM kerana mereka yang susah dan bukan makan dedak. SEDIH MELIHAT MENTALIT ORANG MELAYU YANG BERNAMA ISLAM tetapi amalan Islam nya jauh tersasar. 

RENUNGLAH, sedar lah. Taraf kerakyatan yang saya bawa itu sangat besar erti nya kepada mereka yang tiada kerakyatan. Oleh itu jangan lah kita mengutuk macam orang tak beragama. Be rational.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli