Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sangka Telur Ayam, Ular Tertelan Tombol Pintu Dan Terpaksa Dibedah


MISSOURI: Gara-gara tertelan tombol pintu yang disangka sebiji telur, seekor ular bernama 'Doorknob' terpaksa dibedah untuk menyelamatnya, lapor Yahoo News.

Menurut seorang peladang yang menemui ular berkenaan, ular tersebut adalah merupakan ular yang sengaja dibiarkan membiak dikawasan berkenaan untuk menangkap tikus yang berkeliaran di luar raban ayam milik mereka.

Namun tanpa disangka semasa menjalankan rutin harian di rumah ladannya itu, dia terjumpa ular berkenaan dalam perutnya benjol menyebabkan dia membawa ular berkenaan ke klinik veterinar untuk menyiasat apa yang dimakan olehnya.


Setelah melakukan imbasa x-ray, doktor mengesahkan benjolan yang ada di dalam perutnya itu adalah tombol pintu dan pembedahan dilakukan untuk membuangnya.

Peladang itu memberitahu yang tombol pintu berbentuk seperti telur ayam itu telah diletakkannya di atas tanah di reban sebagai telur palsu untuk 'memujuk' ayam-ayam peliharaannya bertelur, namun dia tidak menyangka 'telur' itu dimakan oleh reptilia berkenaan.

'Doorknob' kini sudah dilepaskan di habibatnya sekitar reban ayam berkenaan. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli