Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Riquelme Dan Ronaldinho Tarik Balik Hasrat Bersara, Buat Keputusan Bermain Bersama Kelab Chapecoense


Permain bola sepak lagenda Brazil, Ronaldinho dan bekas permain kebangsaan Argentina, Juan Roman Riquelme yang telah pun mengumumkan bersara nampaknya telah menyatakan kesediaan mereka untuk bermain kembali.

Memetik laporan Dailymail, mereka dikatakan telah membuatkan keputusan untuk bermain semula besama kelab Chapecoense yang kehilangan 19 pemain mereka dalam tragedi nahas pesawat terhempas di Colombia selasa lalu.


Ini kerana, walaupun kehilangan ramai permain mereka, Chapecoense mungkin masih perlu untuk memenuhi semua jadual yang ada pada minggu-minggu akan datang, sebelum mereka memulakan proses membina semula kelab.

Dengan itu, dua lagenda bola sepak ini telah menyatakan hasrat untuk membantu pasukan berkenaan secara percuma.

Ronaldinho yang dikenali dengan kawalan bola yang hebat itu pernah memenangi Piala Dunia bersama Brazil dan pernah menyarung jersi kelab hebat seperti Barcelona, AC Milan dan PSG manakala bekas pemain antarabangsa Argentina Juan Roman Riquelme juga pernah bersama Barcelona, Boca Junior dan Villarreal sebelum bersara.


Agen Ronaldinho, Roberto Assis, berkata sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan mereka dengan Chapecoense kerana Brazil masih meratapi tragedi ini, tetapi beliau mengesahkan bahawa kedua-dua permain yang pernah dinobatkan permain tahunan terbaik FIFA akan melakukan semua yang termampu untuk membantu kelab itu.

Selasa lalu, pesawat yang membawa  81 penumpang termasuk kelab Chapecoense yang sedang menuju ke perlawanan akhir Copa Copa Sudamericana di Colombia terhempas kerana kehabisan minyak.


Polis mengesahkan seramai 76 maut, 5 orang selamat dan tiga dari lima yang terselamat adalah pemain dari kelab bola sepak tersebut. - Siakapkeli.my

BACA: Pesawat Bawa Pasukan Bola Terhempas: 76 Disahkan Maut, 5 Terselamat
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli