Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pilu, Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Oleh Jemaah Di Atas Tangga Surau


Jemaah Surau al-Raudhah Bandar Tun Razak pagi tadi dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan kira-kira jam 6 pagi tadi yang diisi dalam beg di hadapan tangga surau itu, lapor Sinar Harian.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Surau Al-Raudhah, Mahmud Yusof, 60, berkata, kejadian disedari jemaah selepas mereka selesai menunaikan solat Subuh berjemaah sekitar jam 6 terdengar jemaah kanak-kanak bising di belakang mengatakan ada beg berbau busuk.

"Saya terus bangun dan pergi melihat beg yang terletak di hadapan tangga surau itu dan cuba memastikan kandungan dalam beg dengan memegang serta mengangkatnya."

“Apabila pegang dan angkat beg tu, rasa berat berat serta benda dalamnya lembik selain ada bau darah. Kemudian saya lihat berhampiran dengan beg itu memang ada kesan darah kat atas lantai.

“Saya rasa tak sedap hati, letak semula dan terus pergi ke Balai Polis Bandar Tun Razak untuk buat laporan berkaitan penemuan beg yang disyaki ada bayi itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kes berkenaan sedang dalam proses siasatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli