Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Terhempas: 'Saya Terselamat Kerana Gulungkan Badan Seperti Bayi Dalam Perut' - Mangsa Cerita Detik Cemas Ketika Pesawat Terhempas

Foto kecil: Tumiri

Seorang kru yang terselamat dalam nahas pesawat yang membawa pasukan bola sepak Chapecoense berkata dia terselamat dari nahas tragis itu kerana sempat menggulungkan badan saya seperti bayi dalam perut ketika kejadian.

Erwin Tumiri berkata, ketika kejadian tersebut, mangsa yang ketakutan dalam pesawat itu meninggalkan tempat duduk masing-masing dan mula menjerit semasa pesawat CP-2933 itu mula terhempas.

Menurut Tumiri, dia terselamat dari nahas itu kerana 'dia mematuhi langkah keselamatan'.

'Saya letakkan beg diantara kaki saya dan membentuk kedudukan bayi dalam perut - sebagaimana yang disyorkan ketika berlaku insiden tidak diingini', kata Tumiri kepada penyelamat.

'Ketika kejadian, ramai yang berdiri dari tempat duduk mereka dan menjerit', kata Tumiri sebagaimana dipetik oleh Fox Sports Argentina.

Posisi yang disyorkan ketika berlaku sesuatu insiden kepada pesawat. Posisi ini dikenali sebagai Brace Position. Foto: Google


Seorang pramugari, Ximena Suarez, yang turut terselamat dari nahas itu memberitahu pihak berkuasa bahawa lampu terpadam ketika pesawat itu sedang jatuh ke bawah.

Ximena Suarez

"Saya tidak ingat bagaimana ia berlaku", katanya menurut laporan Deportes RCN.

Hanya enam penumpang terselamat dari nahas yang mengorbankan 71 nyawa itu.

Brazil mengumumkan mereka akan berkabung selama tiga hari susulan kejadian.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli