Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengusaha Nasi Kandar Nafi Guna Daging Anjing Ganti Daging Kambing



Bukit Mertajam, 16 Dis - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan dakwaan viral yang mengatakan kononnya restoran nasi kandar dalam negara ini menggunakan daging anjing menggantikan daging kambing.

Sinar Online melaporkan, Timbalan Presiden Presma, Datuk Khadhar Shah Abdul Razak berkata dakwaan itu menjadi viral selepas seorang lelaki memuat naik berita serta gambar berhubung dakwaan itu di Facebook.

"Sebenarnya berita dan gambar yang digunakan lelaki itu dalam laman Facebooknya adalah berita yang dikeluarkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu, India yang memaparkan mengenai nasi beriani daging anjing di sana.

Menurut beliau juga, lelaki terbabit menggunakan gambar berkenaan termasuk gambar anjing disembelih dan mendakwa restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.

Tambah beliau lagi, perkara itu menjadi viral dan dikongsi pelbagai pihak sehingga memberikan imej buruk kepada restoran-restoran nasi kandar di Malaysia.

Khadhar Shah meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan dan mengabaikan berita yang menjadi viral itu.

Selain itu, pihaknya juga mahu lelaki berkenaan tampil memohon maaf secara terbukan dan jika gagal berbuat sedemikian dalam masa tiga hari, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Katanya Presma juga mahu pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar perkara itu sehingga menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam.

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli