Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suami Isteri Terkorban Nahas MPV Bertembung Treler, 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata



ALOR SETAR - Lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kereta MPV yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler mengorbankan kedua ibu bapa mereka.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam di Jalan Alor Punti, Pendang itu, kelima-lima beradik terbabit parah.

Menurut BH Online, kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghalan ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang ketika kejadian.

Dua mangsa yang terkorban adalah bapa, Mohd Padzil Rashid, 50, dan ibu kepada lima beradik berkenaan, Masmiwaza Mohd. Noor, 42.

Mohd. Padzil dan Masmiwaza merupakan guru masing-masing bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar.

Kelima-lima beradik yang parah adalah Masyitah, 12, pasangan kembar Muhammad Asyraf, 11 dan Muhammad Akmal; Munirah, 7 dan Maisarah.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV tersebut terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

"Pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber: Kosmo!


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli