Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Johor Negeri Bebas Beg Plastik Dan Polestrin 2018

No Comment

NEGERI Johor dilaporkan akan menguatkuasakan melarang penggunaan bahan pembungkusan boleh urai (biodegradable) mulai Januari 2018 bagi menggantikan plastik dan polistirena, lapor Berita Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan berkata, walaupun penguatkuasaan penggunaan pembungkusan biodegradable itu mula dicadangkan pada tahun ini, ia tidak akan dilaksanakan serta merta kerana tidak mahu terburu-buru.

Katanya, perlaksanaan penguatkuasaan ini memerlukan perancangan dan dan kesedaran masyarakat.

''Penggunaan pembungkusan polistirena yang boleh menyumbang kepada pelbagai pencemaran dan ancaman serangga seperti nyamuk, selain banjir.''

"Bagaimanapun, kita tidak mahu menjalankan penguatkuasaan tanpa perancangan dan kajian.

"Kita tidak mahu hanya setakat mendenda peniaga menggunakan polistirena, sebaliknya mahu orang ramai sendiri mempunyai kesedaran," katanya pada sidang media.

Ayub berkata, kajian itu merangkumi pelbagai isu, termasuk kemungkinan berlaku kesan kenaikan harga kepada pengguna, selain saranan aspek kesedaran, pendidikan dan penerangan kepada peniaga sebagai langkah bersiap sedia menggunakan bekas makanan berasaskan bahan boleh urai sepenuhnya.

''Kita mahu melihat kos penggunaan biodegradable ini juga. Pada masa sama, permintaan rendah terhadap bahan itu menyebabkannya dijual dengan harga agak tinggi. Contohnya jika polistirena dijual lima sen atau 10 sen, biodegradable dijual antara 35 sen dan 36 sen.

"Jika permintaan bahan ini tinggi, harganya akan turun dan ia bagus untuk memelihara alam sekitar," katanya.

Ayub berkata, ketika ini, 1,800 tan sampah dihasilkan di Johor, dengan 360 tan daripadanya adalah plastik dan polistirena. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli