Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mempunyai Rumah, Tetapi Sukar Untuk Mencari Penyewa, Ikuti 7 Tip Ini, Anda Mungkin Menemui Penyewa Yang Sesuai

No Comment

Semestinya bagi tuan rumah, mereka menginginkan penyewa yang baik mendiami rumah mereka, ini adalah bagi memastikan penyewa tersebut mampu menjaga aset mereka dengan baik, dan tidak mengalami masalah dalam membayar sewa bulanan kelak.

Terdapat ramai sahaja penyewa di luar sana yang sedang mencari rumah atau bilik untuk disewa, namun mereka juga memilih yang terbaik untuk menyewa sesuatu rumah atau bilik. Ia adalah supaya sesuai dengan apa yang dicari oleh mereka.

Bagi pihak tuan rumah pula, apakah yang anda boleh lakukan untuk memastikan penyewa mengetahui akan iklan anda, dan mendapat penyewa yang baik, saudara Mohd Fadhli Mohd Fauzi kongsikan 7 perkara yang anda harus tekankan dalam mencari penyewa. Jom kita baca perkongsiannya.


ADA RUMAH SEWA? NAK CARI PENYEWA? BACA INI.
Nak cari penyewa memang mudah, tapi nak dapat penyewa dari syurga sangat susah. Ikut nasib la kalau dapat yang bagus, tapi kalau tak bagus, itu mungkin sebab tak usah dengan betul.

Ini tips cari penyewa, tapi tak semestinya kena follow semua. Ikut la urgency dan kesesuaian diri sendiri.

1. IKLAN

Ikut teknik marketing masing-masing. Saya lebih suka letak gambar sebenar dan deksripsi sebenar unit saya untuk elak terlalu banyak soalan daripada orang yang berminat. Lagipun jujur itu tuntutan agama, kan.

2. CAGARAN

Letak cagaran 1 - 3 bulan, ikut keyakinan dan ekonomi diri sendiri. Cagaran bukan advance payment untuk sewa, iaitu bagitau siap-siap dekat penyewa bahawa cagaran tak boleh dijadikan bayaran sewa bulan-bulan terakhir. Cagaran hanya akan dipulangkan dalam tempoh 2-4 minggu selepas penyewa keluar untuk tunggu bil api, bil air dan menilai kondisi rumah. Bagitau apa sebab-sebab untuk burn deposit contohnya melanggar perjanjian, keluar tanpa notis 1-2 bulan, dan lain-lain.

3. TAPISAN

Minta salinan kad pengenalan penyewa dan pasangan, tempat kerja, kenapa pindah dari rumah lama, nombor telefon tuan rumah lama (konon-konon nak call pengesahan dari tuan rumah lama), nak duduk berapa lama, nak duduk mula bila dan sebagainya. Kalau dia ragu-ragu nak bagitau, suspek sesuatu.

4. PENYEWA

Dah habis tapis? Istikharah pilih penyewa. Ok, now dah pilih penyewa. Simpan salinan ic, sign dan stamp agreement. Explain satu persatu supaya tak timbul pertikaian di kemudian hari. Contoh agreement download di bawah.

5. TUNJUK RUMAH

Masa serah kunci, tuan rumah dan penyewa inspect rumah sama-sama. Kalau ada kerosakan masa tu, take note. Supaya takde pertikaian untuk tuan rumah claim deposit kemudian if ada kerosakan yang penyewa buat. Boleh ambil gambar sebelum serah kunci sebagai bukti kemudian.


6. BIL 

Letak dekat dalam agreement siap-siap apa bil yang tuan rumah cover dan apa bil yang penyewa cover. Bil api, bil air, maintenance fee, indahwater dan lain-lain. So explain betul-betul. Tiap-tiap bulan suruh penyewa snap bil terbaru untuk check tunggakan.

7. Lain-Lain 

Baca dalam agreement. Lihat link di bawah untuk download draf agreement sewa rumah.

Contoh agreement yang boleh dijadikan rujukan.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli