Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencuri Dihumban Kedalam Lubang Najis Selepas Ditangkap Curi Anjing



Guilin (China): Seorang lelaki dicampak ke dalam lubang najis selepas mencuri seekor anjing di sebuah kampung di sini.

Menurut Dailymail, penduduk kampung menangkap lelaki berkenaan selepas dia cuba mencuri anjing milik seorang penduduk di kampung itu.

Namun, penduduk kampung itu tidak memukul si pencuri, sebaliknya mengambil langkah mencampak suspek ke dalam lubang najis sebagai hukuman terhadapnya.

Selain itu, dia juga dipaksa untuk berdiri di dalam lubang berkenaan selama beberapa minit.

Rayuan lelaki berkenaan supaya dikeluarkan dari lubang najis terbabit tidak dihiraukan oleh penduduk kampung itu dan dia hanya dikeluarkan selepas polis tiba untuk menahannya.

Gambar kejadian dimuat naik di media sosial China dan menerima pelbagai reaksi dari netizen negara itu.

Ini bukan kali pertama pencuri anjing dihukum penduduk di wilayah Guangxi Zhuang yang mempunyai tradisi memakan daging haiwan itu.

Pada tahun ini, dua lelaki yang ditangkap kerana mencuri anjing dipukul penduduk kampung sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut.



Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli