Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Gagal Perbaharui Pasport Kerana Perisian Pengecaman Muka Dakwa Matanya Dalam Gambar Pasport ini 'Tertutup'

No Comment

Foto pasport seorang lelaki Asia yang digunakan untuk memperbaharui pasport ditolak oleh laman web kerajaan New Zealand kerana perisian pengecaman muka mendakwa mata lelaki berkenaan ditutup di dalam gambar terbabit.

Richard Lee cuba memperbaharui pasportnya supaya dia boleh pulang ke Australia dari New Zealand selepas Krismas namun mendapat mesej janggal itu ketika cuba memasukkan fotonya di sistem pemeriksaan foto sistem terbabit.

Sistem automatik itu memberitahu DJ berusia 22 tahun itu bahawa matanya tertutup, biarpun dapat dilihat jelas dia membuka mata di dalam gambar tersebut.

'Gambar yang dimuat naik dikesan tidak memenuhi kriteria kami kerana subjek menutup mata', kata mesej di sistem tersebut.

Lee, yang dilahirkan di Taiwan tetapi menetap di New Zealand kemudian meghubungi Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri selepas fotonya tidak diterima.

Seorang jurucakap memberitahu 'cahaya yang tidak sekata di wajah' menyebabkan masalah itu.

'Saya cuba gambar lain tapi tidak bernasib baik, jadi saya menelefon pejabat dan mereka berkata ia terjadi kerana bayang di mata saya dan cahaya yang tidak sekata di wajah', kata Lee kepada Daily Mail Australia.

'Jadi saya ambil foto baru di Australian Post(pejabat pos) dan salah satu darinya berjaya diterima, akhirnya', tambah Lee.

Namun, rakan-rakan Lee sudah memuat naik foto Lee dengan 'bermata besar' di Facebook dan pengguna media sosial mula menyelar sistem itu dengan menyifatkan ia sebagai rasis.



Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli